❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
bulan 12 bulan yg malang
Sunday, December 29, 2013 | 0 comments
Hi blogger sekalian. Sebenarnya kan bulan 12 ni bulan yang paling malang bagi Elly masa awal bulan 2minggu berturut turut Elly asyik menangis. memang dalan masa 2 minggu tu Elly rasa minggu yang paling sedih bagi Elly. Minggu ke 3 pulak Elly dapat keputusan PMR yang teruk. Elly kalah dengan kakak Elly yang cerdik pandai tu buat kali ke 2. And harini minggu ke tiga harta yang kini Elly sayang dah takde. hmmmm.

sebenarnya harta tu ialah phone yang Ayah Elly baru belikan untuk Elly untuk result pmr Elly. Ayah Elly ada baca blog Elly yang post pasal result tu. tengok tengok bila dia balik dari operasi kat KL, dia bagi Elly hadiah sambil cakap "takpelah jangan minta maaf dengan ayah. awak tak salah. nanti ada masa mesti berjaya juga. ni ayah belikan amik lah" bila Elly bukak je benda tu whoaaa omg betul ke apa yg Elly nampak ni? Ayah Elly hadiahkan Elly phone baru. Walaupun murah tapi Elly ni jenis yg suka terima hadiah. so apa apa pon Elly terima je lahphone tu. Ayah Elly belikan Elly phone yg sama macam BFF Elly tapi cuma Elly punya case warna biru,ada symbol EXO belakang tu.

resit tu tulis phone tu just RM 478 je. harga sebenar phone tu RM299 yang mahalnya sebab ayah Elly belikan memori kad sampai 8gb.  Dia cakap Elly suka amik gambar so dia belikan 8gb hmm masa tu Elly macam tak boleh terima je hadiah tu tapi nak jaga hati ayah Elly Elly cakap tq apatah lahi case phone tu ada EXO siapa taknak. sempat pulak ayah pergi kedai kpop -.-

tapi kegembiraan Elly dapat phone baru kejap je. pada 28 December 2013 tepat jam 5.37pm kegembiraan Elly musnah serta merta. Phone yg Ayah baru beli utk Elly jatuh dalam tasik dekat Putrajaya. Masa tu memang tak terkata apa apa melainkan menangis. Punca jatuh sebab Elly cuai. masa family Elly jalan jalan kat tasik Putrajaya petang tadi. Semua buat haluan masing masing. mama dengan ayah Elly sebok main dengan Tasry. Adik adik Elly sebok bergambar. Akak Elly dudul dekat bangku depan tasik bergayut. Elly memang sorang sorang so Elly keluarkan phone dari poket Elly bukak lagu BTOB -FATHER. kan best dengar lagu tu sampai menikmati bayu tasik. memang seronok gila tapi lepas lagu tu beralih lagu EXO WOlF Elly jadi makin terencat. Elly boleh pulak menari WOLF last last phone tu dah tercampak ke tasik. mula2 phone tu tak jatuh kat tasik sebab tergantung kat earphone tapi Elly ni bodoh sangat pergi tarik earphone tu. Masa tu memang tak terkata apa2.........

patutlah masa otw tu Elly happy semacam. Orang kata kalau kita happy semacam mesti ada keburukkan tak lama lagi. tapi Elly lupa dengan motto hidup Elly sendiri ;lepas gembira mesti sedih lepas sedih mesti gembira........  Ayah Elly marah gila masa dekat tasik. dia kata ingat senang ke nak cari case EXO untuk phone lenovo? pusing2 satu kl semata2 nak cari case EXO untuk awak biar awk terima hadiah tu senang? case tu pulak harga RM37 blablablablabla memang panjang gila ayah Elly marah Elly. tahlah Elly pon tak tahu nak cakap apa.....

tapi dia marah tak lama. lepas tu masa dalam kereta ayah Elly mengejek Elly. dia pegang spec dia pastu buat2 tercampak... Tapi Elly diam je... and sekarang ayah elly taknak belikan Elly phone baru :(  Elly pon macam trauma je lepas apa yg jadi.. hati Elly tak tenang macam biasa. banyak sangat dugaan untuk Elly bulan 12 ni. So Elly amik keputusan Elly taknak masuk kelas science.. semua ni sebab apa yg dah jadi kat Elly sepanjang bulan 12 ni lah. Elly taknak tambahkan lagi dugaan yg Elly ada so Elly taknak masuk kelas Sc. takut SPM nanti tersangkut. tapi ada manusia ni suka sangat memaksa Elly masuk kelas Sc. sebab dia suka tengon sorang cikgu ni cakap macam macam kat Elly. ada sorang cikgu ni suka sangat cari gaduh dengan Elly. cikgu lelaki mulut dia memang macam Azwan Ali. setiap apa yg Elly buat mesti tak kena dekat mata dia. lepastu start perli2 Elly masa tengah mengajar tp Elly diam sebab elly fikir motto hidup elly sesih, gembira, gembira,sedih 
3:55 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*