❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Happy Eid
Wednesday, August 14, 2013 | 0 comments

こんにちは!안녕하세요! Macam lama je Elly tak update blogkan? Now I'm home!!! Setelah lama berhari raya dekat Johor now I'm back k! rindu Elly tak? ただ冗談! ^___________^ Now Elly nak cerita Kisah raya Elly dekat Johor. Memang Daebak lah! ベスト!^^

Malam raya Elly and family Elly still shopping raya dekat Jusco macam tahun-tahun lepas. Kadang-2 sampai pukul 2 pagi baru balik rumah sebab shopping -.- Masa malam raya tinggal satu benda penting je Elly belum beli. iaitu makeup -.- So masa jalan-2 dekat tingkat 2 Jusco Bukit Indah tu Elly ternampak deretan kedai kpop. Setahu Elly selama ni takda kedai kpop tu. So Elly dengan bangga ajak ayah Elly pergi bahagian kpop tu. wkwkwkwkwkw -.- kebetulan kat situ ada kedai Etude House (kedai makeup korea) So Elly singgah lah beli makeup. Kata kpoppers so raya mestilah tak tinggal kpop tu. lol.

 
 

Dekat Etude House tu Elly beli mascara, liquid eyeliner, compact powder and lip gloss. Seriously lip gloss tu Elly taknak tapi kakak Elly cakap "Nah beli ni sekali. bibir kau tu kering raya kena pakai ni kasi bibir tu nampak segar" HAHAHA So dalam keadaan terpaksa Elly pon beli jelah. Harga jangan tanya berapa sebab mesti korang dah tahukan maklumlah kedai kpop. Lepas dah beli rasa sayang sangat nak guna........ :( hahaha. Then lepas tu Family Elly jalan-jalanlah dekat jusco. Elly nak beli jeans untuk raya ke lima pon ala-ala kpop. baju, kasut lagging untuk pakai dalam rumah semua libatkan kpop. HAHAHA. Ayah Elly cakap "kau nak pergi beraya  ke dekat korea" lol Elly jawab "Raya kat rumah Youngmin". HAHAHAHA. Sales girl tu pon gelak :D

Blablabla~~~~ Dah balik rumah. Malas nak cita panjang-2 kat Jusco tu -.- Kitaorang sampai rumah pukul 1 pagi lebih kurang macam tulah. Bila malam tu lepas atok dengan mak sedara Elly siap masak, diorang tido. So tinggal cousin-cousin Elly je yang belum tidur. Tahun ni memang semua adik beradik mama balik. 9 orang semua COMPLETE BALIK RAYA KAT GELANG PATAH! Memang syokkk! Bila semua orang dah tidur, Elly dengan cousin-cousin Elly keluar rumah senyap-senyap then buat meriam. Semua tak tahu Yang kitaorang keluar buat meriam tin kecuali ayah Elly. Dia yang tolong belikan tin dengan benda tah untuk isi dalam meriam tu biar kuat. Terbaik tak ayah Elly? ^^ 

Main punya main best lawan dengan orang sebelah meriam siapa paling kuat. hahaha. Bila tin dah berkecai semua masuk rumah tidur balik. Elly pon dah penat so Elly pon tidur lah. Tapi tak lama. Lepas setengah jam gitu, Elly terbangun. Sebab? SEBAB DENGAR BUNYI KUAT!!! Bila Elly keluar, Elly tengok Ucob Acab Nabil main meriam!!! Main meriam tak ajak!! Geram seh!! Yang sakit hatinya dia main meriam dengan Shah. Bila masa mamat Kedah ni Balik Johor pon Elly tak tahu. So Elly pon joinlah diorang main meriam. K Semua lelaki Ely sorang je pempuan. Tapi Elly ni bukan pempuan sangat kot. -.- Eh yeke?

Tapi kali ni Elly tak main pon meriam. Duduk dekat tepi ketawa pukul 3 pagi. Then Shah datang duduk sebelah Elly. Kitaornang duduk jauh sikit dari diorang. Bukan buat benda tak elok k. Just dia bagi Elly mercun untuk balik dekat budak main meriam tu hahahahahaah. Tapi malang tidak berbau. Masa Shah tengah bahagikan mercun, Elly kena simbah air!!! Pukul 3.45 pagi k KENA SIMBAH AIR!!!! Nak tahu siapa simbah? Acab yang agak menjengkelkan -.- Masa tu sejuk memanglah. Dengan basah kuyup Elly masuk rumah tukar baju terus tidur :( Sedih.................

Bila dah pagi Elly pon bersiap nak pakai baju raya, handbag baru, kasut baru, tudung baru, gelang baru, jam baru and semua benda baru. Raya ni kita disunatkan memakai serba baru k. Nak pahala lebih buatlah benda-2 sunat hahaha. Masa malam raya tu Iejah takda tapi ayah dia ada. Iejah jaga mak dia yang baru bersalin bulan lepas tu sebab dia tak beraya kat rumah atok. Masa raya rumah Iejah, Iejah terus bukak pintu lari dekat Elly. Mana taknya. Last kitaorang jumpa cuti bulan 3 hari tu tak silap. Muka dia macam nak nangis masa peluk Elly. Then dia tengok Elly dia cakap "Wah tinggi gila kak Qila sekarang" hahah then elly gelak. Lepas tu masa Elly nak masuk rumah dia, dia cakap "apasal pendek pulak?Tadi tinggi?" then dia tengok kaki Elly dia cakap "Ya Allah tingginya kasut!!!!!!" Sambil buat muka terkejut nampak jembalang -.- Then Elly cakap "ada masalah eh dengan kasut akak?" Dia cakap "Okay ke akak pakai kasut tinggi gedabak gini?" Elly cakap berapa tahun dah raya akak pakai heels? dia jawab "Setiap tahun... Tapi tak pernah tinggi macam ni" HAHAHAHA. Gila bila jumpa Iejah. Kasut dia pon tinngi jugak. Tumit macam lidi. Elly punya flat jekot -.-

Raya punya raya dah sampai raya keempat so terpaksalah Balik Pahang balik. Masa otw tu punyalah Elly praktis cakap Johor sebab bahasa Johor Elly dah lemah.. Karrang bila cakap bhasa Pahang dekat johor Sorang pon tak faham -.- Rasa macam nak undur je masa biar balik raya pertama macam hari tu. Bestnya dapat beraya dekat kampung ramai-1. and baru raya pertama Elly dah dapat l00 lebih duit raya. Maklumlah family ramai. Mak/ayah sedara normal lah kasi duit raya RM10. Ayah kasi RM50 mama kasi RM10 je kira okalah tu. Elly akan guna 1/2 dari duit raya Elly. 1/5  untuk ganti Tab ayah Elly yang telah Elly rosakkan -.- 1/5 lagi Elly teringin nak belikan mama Elly hadiah ^^ so 1/2 lagi yang lebih tu simpan dalam Tabung Haji :) ok bye さようなら! 次回お会いしましょう! ^_____^

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN


1:36 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*