❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
あなたに不足している....
Tuesday, August 27, 2013 | 0 comments

こんにちは!안녕하세요! Rasa macam dah lama sangat Elly tak update blogkan? Ermm.. Elly busylah. PMR tinggal sebulan je lagi. Masa trial result Elly teruk gila. ABCDE semua abjad lengkap. Biasanya Takde pon dapat teruk macam ni. Selalu kumpul ABC je.. Tu yang tak puas hati :(

Tadi masa Elly bangun ntidur nak bersiap pergi sekolah, Kakak Elly cakap "Weh Syida sebaya kau ek?" Then Elly cakap "Tak. Dia muda setahun." Then kakak Elly jawab "Syida meninggal pukul 3 pagi tadi" Ya Allah serious masa tu terkejut gila. Sampai Elly tengah lipat selimut , tu terjatuh. Masa ni hati ni macam tak caya je. Dia meninggal sebab demam panas. dia baru je 14 tahun. Dia demam hari Sabtu, hari Selasa meninggal. Ni update blog pon rasa nak nangis.

Masa kat sekolah tadi pon ustazah ajar macam tak fokus je. Sebab teringat dekat Arwah Syida. Dia kawan baik Elly dekat kampung. Kitaorang kawan dari kecil. Pergi mana-2 mesti berdua dululah. Sekarang dah besar Elly jarang balik kampung. Masa raya pon jumpa gitu-gitu je senyum salam makan. Sebab dia busy tolong mak dia dekat dapur. Walaupun dia orang kampung, budi pekerti dia elok. Senang dapat kawan macam dia.. Tapi sekarang?? Kenangan je tinggal....

Masa kat sekolah tadi Elly asyik nangis je sebab teringatkan apa yang kitaorang buat masa kecil sama-sama... Ya Allah.. Kenapa kau ambil Syida cepat sangat? Dia muda lagi...Syida, Semoga awak di tempatkan di golongan orang-orang beriman... 

Okaylah, Nak cerita pasal Syida gerenti Elly nangis nanti. Kejap lagi nak pergi Dewan Sebaguna Taman Saga. HAHAHAHA. Nak practise berlakon untuk hari kemerdekaan. Ni pon masuk secara paksa. Ayah Elly kata kalau nak jadi artis kita kena join benda yang kecil-2 dahulu. Yang macam orang anggap tak best. Elly pegang watak polis yang mati di bunuh HAHAHAHAHA. Kali kedua buat berlakon depat orang ramai. First dekat Kuantan dulu ujibakat Sekolah Seni. Elly lulus ujibakat tu. Elly amik Seni Theater tapi malangnya result UPSR Elly teruk. Paling kurang yang layak masuk 3A2B tapi Elly cuma dapat 2A3B. Orang tu call cakap walaupun Elly lulus tapi Elly tak diterima masuk ahh.

5:29 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*