❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Sad :(
Thursday, May 30, 2013 | 0 comments

Oyasumi minna! now Elly dekat rumah mak sedara Elly. Elly rasa sedih sangat sebab tak jadi balik Johor. Kereta tetiba je buat hal dekat highway KL tadi lepas ayah isi minyak. dahlah hujan lebat. Pahang ke Johor tu bukannya dekat :(

Petang tu Elly rasa happy sangat sebab nak balik Johor. Nak jumpa Iejah. Elly siap call Iejah lagi cakap yang Elly akan balik kampung sebab cousin-cousin Elly semua tunggu orang Pahang balik Johor. Tuptup tak jadi. Ya Allah ras amacam sedih sangat. :(

Sebelum kereta buat hal, Elly ada cakap "ayah, laparr. Nak makan" Then ayah Elly cakap "Ayah nak isi minyak dulu, lepas tu kita pergi makan okay?" Elly pon okay jelah. Masa tu memang hujan lebat gilaa. guruh kilat petir semua ada. seram je.

Bila kereta tetiba rosak, ayah cakap "alamak, kereta buat hal" Kitaorang semua terkejut. Sebab petang tu baru je ayah pergi servis. Then Ayah Elly kata "Qila lapar lagi ke?" Then Elly angguk je kepala. Serious masa tu memang lapar gila. Dari pagi tak makan apa-apa.

Then ayah Elly tetiba cakap "Kejap, ayah nak pergi petronas sana, nak beli makanan untuk Qila. Nak kirim apa-apa tak?" then Elly cakap "ayah, nak ikut......" actually Elly risau ayah Elly nak seberang jalan dalam hujan tu sorang-sorang. Tapi ayah Elly cakap "Janganlah ikut. Nanti kalau jadi kat awak apa-apa tak kesian ke dekat mama dengan ayah yang dah jaga awak 15 tahun?" Serious masa tuh memang sentap. Rasa nak nangis. Sebab Elly banyak dosa kat ayah Elly. Dosa tak dengar kata. Dia suruh belajar, Elly tak belajar pon :(

so now, Elly ada dekat Kajang. Ayah Elly balik Bentong dengan Pak Zam. pergi hantar kereta. So cuti kali ni memang tak dapat balik bentong :( Ya Allah, dugaan apakah ini? 
yang best dekat rumah Mak Ita dengan Pak Zam, Elly ada suka dekat cousin Elly, anak mak Ita dengan Pak Zam. Abang Ariz namanya. Hehehe. dahlah handsome, tinggi pulak tu. Tinggi dia 185cm. HAHAHHA. Dulu Elly pernah panggil dia hantu galah, dia panggil Ell dengan Iejah, cousin kesayangan Elly, TOYOL. Jahatkan dia?

Okaylah bye. Pengarjarannya, korang tolonglah dengar kata mak ayah korang. Jangan jadi macam Elly. kbye.

12:25 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*