❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Resipi Nasi Ayam Mentega
Monday, April 15, 2013 | 0 comments
*tidak ada kena mengena*


BAHAN-BAHAN (UNTUK DUA ORANG)

A. Bahan rebusan ayam
4-5 ketul ayam
4 cawan air
secubit garam

B. Bahan untuk membuat nasi
2 mangkuk beras yang telah dibasuh
2 camca besar planta atau mentega
2 ulas bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1/2 inci halia -dihiris
2 cawan air rebusan ayam2 sudu besar stok pekat jenama MAGGI
1 helai daun pandan
garam secukupnya

C. Bahan perap ayam
Keluarkan 4-5 ketul ayam daripada air rebusan tadi
1 inci halia
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram MAGGI
2 sudu besar kicap manis MAGGI
garam secukupnya

D. Bahan sambal & sos
3 biji cili merah
2 biji tomato
garam dan gula secukupnya

E. Bahan sup
lebihan air rebusan ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 kiub ayam MAGGI
Sedikit lobak merah, baby corn dan daun sup
secubit garam

F. Hiasan
sedikit daun salad
hirisan tomato dan timun

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT NASI AYAM MENTEGA

A) Rebus ayam selama 15 minit. Air rebusan jangan dibuang.

B) Gunakan rice cooker, masukkan mentega/planta kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga beraroma. Masukkan air rebusan ayam bersama stok pekat ayam MAGGI. Kemudian masukkan beras. Perasakan dengan garam secukupnya. Gaulkan beras seketika. Jangan lupa letakkan daun pandan agar baunya harum. Tutup periuk sehingga semuanya sebati dan masak. Resipi nasi ayam untuk bahagian nasi telah siap.

C) Tumbuk lumat halia dan bawnag putih. Gaulkan keatas ayam yang direbus tadi. Masukkan sos tiram MAGGI dan kicap manis MAGGI. Ratakan dan taburkan sedikit garam. Perap ayam selama satu jam. Kemudian, goreng kedalam minyak yang panas.

D) Potong sederhana cili merah dan tomato. Kemudian kisar sehingga hancur. Letakkan kedalam mangkuk dan perasakan sedikit garam dan gula secukupnya. Resipi nasi ayam menggunakan cili merah mentah tidak perlu dimasak.

E) Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berbau harum dan beraroma. Masukkan lebihan air rebusan ayam tadi. Kemudian masukkan kiub ayam MAGGI. Kacau seketika dan masukkan lobak merah dan baby corn. Agak-2 sayur lembut. Perasakan dengan sedikit garam dan taburkan daun sup

F) Hiasi nasi ayam dengan sedikit daun salad, tomato dan timun. Kini, Nasi ayam mentega sedia dihidangkan.






10:12 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*