❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
CERPEN: Lavendar Love
Sunday, April 7, 2013 | 0 comments
*tidak ada kena mengena*

Jam hampir menjukkan pukul 7 pagi. Qistina menuruni anak tangga rumahnya untuk menikmati sarapan pagi yang dihidangkan oleh ibunya. Pada hari ini, ibunya memasak nasi goreng sebagai sarapan pagi. Namun, Qiatina hanya makan beberapa suap kerana ingin cepat. Dia takut ketinggalan satu benda yang wajib dilakukan!

"Qis, makan tu janganlah pelahap sangat. Lambat lagi loceng sekolah nak bunyikan? Baru pukul 7." Bebel Mak Som, ibu kepada Qistina. Pada tahun ini, Qistina akan menduduki peperiksaan yang terbesar. Qistina akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia.

"Qis nak cepat ni ibu. Ada benda yang Qis wajib buat setiap pagi! Qis pergi dulu ye ibu."Jawab Qistina sambil mencium tangan ibunya sebelum memulakan langkah kesekolah. "Harap-haraplah dia belum pergi sekolah. Kalau tak melepas!"Bisik hatinya.

Setiap pagi, Qistina akan berjalan kaki kesekolah. Rutin hariannya ialah menunggu seseorang di sebalik pohon-pohon yang rendang menghijau. Siapa tahu, Qistina sebenarnya sedang menunggu seorang jejaka yang sehaluan dan sama sekolah dengannya. Dia sudah lama menyukai lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut hanya buat tidak endah sahaja. Sombong betul!

Pintu pagar rumah banglo tiga tingkat itu terbuka. Kelihatan seorang lelaki sedang menuntun basikalnya. "Eh, Akmal naik basikal ke harini? Biasanya driver ayah dia yang hantar dia kesekolah?"Qistina tertanya-tanya. "Tayar kereta pancit kot."Sambungnya lagi. Akmal ialah seorang anak jutawan yang menjadi gilaan ramai pelajar perempuan di sekolah. Setiap hari, mesti ada sahaja surat di bawah mejanya. Tetapi setiap surat yang dia peroleh, pasti dia akan mengoyakkannya tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Akmal menunggang basikalnya dengan laju. Qistina yang menyembunyikan diri di celahan pokok yang rendang keluar untuk mengejar Akmal. Namun semuanya hanya sia-sia kerana basikal yang ditunggang oleh Akmal begitu laju. Semakin lama, bayangan Akmal semakin hilang dari bayangan mata Qistina. Akmal sudah jauh dihadapan. Dia pula ketinggalan berseorangan di belakang.

*tidak ada kena mengena*

Qistina masuk ke dalam kelas dengan muka yang hampa. Daripada awal pagi lagi, sehingga masa rehat telah pun tamat, dia tidak melihat Akmal. Walaupun Akmal dan dia memang tidak berada dikelas yang sama, Tetapi dia tidak akan terlepas peluang untuk melihat Akmal lalu di hadapan kelasnya. Tetapi kenapa hari nini Akmal tidak lalu di hadapan kelasnya?

"Haaa Qis! Termenung apa tu? Dah sampai dekat mana?" Jerkahan Syed membuatkan Qistina tersedar dari lamunanya yang hampir sahaja sampai ke korea untuk bertemu dengan Youngmin.

"Ish kau ni tak boleh nak bagi salam dulu ke? Ni main jerkah-jerkah apasal?" Marah Qistina kepada Syed. "Baru je nak sampai part aku menari dengan Youngmin, kau dah potong line! Kacau betullah!" sambung Qistina dengan muka yang mencuka. 

"Sorry lah Qis. Aku sebenarnya nak tanya kau satu benda. Sabtu ni free tak? Kalau free aku nak ajak kau keluar cari hadiah birthday mak aku. Ahad ni kan birthday dia." Syed segera menanyakan hasratnya untuk datang ke Qistina yang termenung tadi.

"Yelah Ahad ni birthday mak kau kan? Aku free, aku free. Kita pergi Jusco eh?" Balas Qistina dengan wajah yang ceria. Syed dan dia telah berkawan sejak mereka berumur sembilan tahun lagi. Dia juga telah mengangap Syed sebagai abang kandungnya. Apa sahaja masalah pasti dia akan menceritakan kepada Syed. Baginya, Syed sungguh memahami. Tetapi di dalam diam, Syed tidak menyayangi Qistina sebagai seorang adik. Tetapi Syed menyayangi Qistina sebagai seorang wanita.

Syed tersenyum lebar. "Kau kalau bab shopping semua free. Tapi kalau bab lain, bukan main banyak alasan kau kasi. Sampaikan yang tak logik pon kau rojak."Perli Syed kepada Qistina. Qistina hanya tersenyum saat Syed mengatakan begitu. Entah kenapa hari ini dia menjadi seorang yang pendiam.

Tidak lama kemudian, loceng sekolah telah pun berbunyi. Ini menandakan bahawa waktu persekolahan telahpun tamat. Qistina berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Dia terlihat bayangan seseorang yang amat dikenalinya. Akmal sedang menuntun basikalnya. Qistina berjalan terjengket-jengket di belakang Akmal. Tiba-tiba dia terpijak ranting kayu dan menyebabkan langkah Akmal terhenti. Akmal memandang kebelakang. Patutlah sedari tadi dia merasakan ada sesuatu mengekorinya. Rupa-rupanya perempuan ini!

"Alamak!! Mati aku." Qistina menutup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Dia berasa malu. Dia takut jika Akmal akan bertindak untuk memarahinya. Qistina segera membuka langkah seribu kebelakang. Dia cuba berlari sekuat hati agar bolos daripada pandangan mata Akmal. Inilah kali pertama dia memandang Akmal dalam keadaan yang begutu dekat.

Qistina lenyap dari pandangan. Akmal berasa pelik lalu meneruskan perjalananya pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, dia tidak henti memikirkan tentang gadis yang telah mengekorinya tadi. 

*tidak ada kena mengena*

Setiap petang, Qistina akan pergi bersenam untuk merehatkan mindanya di taman rekreasi berhampiran dengan rumahnya. Dia akan berlari tanpa henti selama 15 minit. Qistina berlari secara joging sambil mendengar lagu yang dimainkan di telefon bimbitnya melalu earphone yang dipakainya. Dia sebok memandang screen teefon bimbitnya. Tanpa dia sedari, dia telah melanggar seorang menaiki basikal. Dalam keadaan tidak bersedia, Qistina jatuh terjelopok. Lutut dan buku lalinya terasa sangat sakit. Dia tidak mampu lagi untuk berdiri.

Lelaki itu meminta maaf lalu memaut lengan Qistina untuk membantunya berdiri. Qistina sungguh terkejut apabila mendapati lelaki yang menunggang basikal itu adalah Akmal. Akmal memandang wajah putih Qistina tanpa mengelip mata. Hatinya  pula tidak putus-putus memuji kejelitaan wanita itu.

"Saya minta maaf sebab langgar awak. Saya tak perasan tadi. Saya minta diri dulu." Qistina meminta maaf kepada Akmal. Disebabkan kecuaian dirinya, dia telah menagung risiko. Kakinya sakit manakala telefon bimbitnya hancur berkecai. Namun belum sempat dia melangkah, dia terjatuh semula kerana kakinya tidak mampu untuk berjalan.

"Awak boleh jalan tak ni? Kalau tak boleh, biar saya hantar awak balik."
"Takpalah. Saya boleh call ibu saya suruh dia jemput saya."

"Telefon awakkan dah berkecai. Macam mana nak telefon? Macamnilah, Biar saya hantar awak balik ye. Lagipun kaki awak tu teruk sangat. Kesian saya tengok" Akmal sunguh mengambil berat tentang keadaan Qistina. Dia segera mengangkat basikalnya. Qistina pula di tarik supaya duduk di tempat pembonceng.

Akmal menunggang basikalnya dengan berhati-hati. Inilah kali pertama dia menunggang basikal bersama seorang wanita. Setibanya sampai di halaman rumah Qistina, Qistina mengucapkan terima kasih kepada Akmal kerana telah banyak membantunya. Mak Som turut mengucapkan terima kasih.


Qistina hadir ke sekolah dengan wajah yang ceria. Senyuman tidak lengang dari mukanya. Dia terasa seperti dunia ini miliknya. Kegembiraan yang dirasainya sekarang tidak terkata. Dia ingin hidup selama-lamanya begini.

"Syed, aku ada satu rahsia nak bagitahu kau ni. Tapi kau jangan bagitahu orang lain taw" Qistina memulakan perbualan antara dia dan Syed.
"Apa dia? Selama ni, semua rahsia kau ada aku kecoh-kecoh kan ke? Takdakan? Masih tersimpan rapi dalam poket aku ni."
"Sebenarnyakan.....aku.....aku....dah jatuh cintalah."Jawab Qistina sambil ketawa.
"Dengan?"
"Akmal kelas sebelah"
"ouhh" balas Syed ringkas. Kemudian, dia terus bangun dari kerusi dan menuju ke luar kelas. Hairan. Kenapa Syed semacam je?

Pada hari ini, Qistina ada membawa sekotak coklat untuk di berikan kepada Akmal sebagai penghargaan untuk kejadian semalam dan dia akan meluahkan perasaannya kepada Akmal. Dia mengeluarkan coklat tersebut dari begnya lalu menuju ke kelas 5 Mutiara. Dia memerhatikan keadaan sekeliling kelas. Akmal tiada di dalam kelas. Ke manakah dia pergi agaknya?

Akmal yang berada di astaka bersama dengan Mia. Mia sedang memegang sekotak hadiah untuk diberikan kepada Akmal. Dia juga sempat melamar Akmal untuk menjadi kekasihnya. Tetapi di tolak lembut oleh Akmal. Semasa Akmal hendak berlalu pergi, Mia segera memut tangan Akmal. Hal ini telah disaksikan oleh Qistina dari jarak jauh. Qistina yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku telah mengalirkan air mata. Qistina segera berlalu pergi.

Qistina masuk kedalam kelas dengan wajah yang masam bersama mata yang merah. Syed melihat Qistina  keadaan Qistina segera manarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan Qistina. Perlhan-lahan dia membuka mulut bertanya kepada Qistina apa yang telah berlaku.

"Syed, Aku tak sangka yang dia dah ada girlfriend. Padahal baru je bulan lepas kita dengar dia singlekan?" Qistina menyeka air matanya.

"Dia? Siapa? Akmal ke?" Jawab Syed kebingungan.
"Yalah dia. Habis tuh siapa lagi?"
"dia dah ada girldfriend baru? Mana kau tahu? Kau jangan main nak reka cerita. Nanti tak pasal-pasal jadi fitnah!"
"aku tengok dengan mata kepala aku sendiri!"
"hmm takpa. Nanti aku try cakap dekat dia. Dahlah jangan nangis. Buruk muka tu"


"Akmal, aku dengar cerita kau dah dapat girlfriend baru. Betul ke?" Tanya Syed sebaik sahaja Akmal tiba di Caprico Coffee.
"Aik? Cepat betulkan cerita ni tersebar. Memang ada. Tapi setengah hari je" Jawab Akmal selamba.
"Setengah hari? Macam mana itu?" Syed kebingungan. Cuba memahami apa yang dikatakan oleh Akmal sebentar tadi.
"Ceritanya macam ni. Ada seorang perempuan ni merayu-rayu nak jadi girlfriend aku. So aku terima jelah. Nanti tak pasal-pasal dia bunuh diri depan aku. Tapi malam tu jugak aku minta putus!" Jawab Akmal sambil ketawa terbahak-bahak.
"Kesian perempuan tu. By the way, Esok kau free tak?"
"Dua tiga hari ni memang aku kosongkan jadual aku. Kenapa Syed?"
"so.........." Belum sempat Syed menghabiskan kata-katanya, telefon bimbit miliknya berdering. Nama Qistina tertera ni screen telefon.
"Hallo Ed, Kau dekat mana? Kata nak cari hadiah birthday mak kau! Penat aku tunggu" Marah Qistina.
"Haa yelah Qis, Sekejap lagi aku sampai. On the way lah ni"
"On the way, on the way! Ha cepatlah sikit! bye."
"Okaylah Akmal, Aku pon nak kena pergi ni. Esok pukul 5 kita lepas sini lagi k. Jangan lupa"
"beres...." Jawab Akmal sambil membuat isyarat jadi bagus kepada Syed.

Pada keesokkan harinya....
"Hey, Lama tunggu?" sergahan Akmal mengejutkan Syed yang lancak berborak bersama Qistina.
"Kita orang pon baru je sampai" Jawab Syed. "Kenalkan, Ini Qistina, panggil je Qis" Rona muka Qistina bertukar menjadi merah. Patutlah Syed bersungguh-sungguh mengajaknya makan. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.
"Eh, Ouh erm.. Awak Qistina? Hye. Saya Akmal. Walaupun kita pernah berjumpa tapi kita tak pernah tahu antara satu sama lain." Tanya Akmal sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Qistina. Qitina menyambutnya denga malu-malu kucing.
"Eh ehem-ehem, jangan nak lebih-lebih. Jom kita order makanan"
Di Caprico Cafe itu, Qisitna dan Akmal sangat mesra. Syed di anggap seperti tidak wujud di hadapan mereka. Walaupun terasa hati, Syed mencuba menjadi kuat demi menjaga hati orang yang di sayanginya. Syed rela terluka demi Qistina. Dia melakukan ini semua kerana dia begitu menyayangi Qistina lebih dari seorang kawan. Bertahun- tahun dia memendam perasaan kasih kepada Qistina. Tetapi Qistina seolah-olah tidak merasainya.

"Akmal, Qistina aku balik dulu ya. Mak aku hantar message suruh aku balik. Katanya ada banyak barang nak kena angkat. Maybe aku takkan datang balik kesini. So, enjoy your day! Syed bingkas bangun dari kerusi dan berlalu pergi.


"Ed, Kau nak tahu tak. Semalam adalah hari yang paling indah dalam hidup aku. Akmal melamar aku jadi girlfriend dia. Aku tak tahu pula yang perempuan hari tu bukan girlfriend dia." Kedengaran suara Qistina yang begitu gemibira.
"Tahniah Qis. Semoga korang berdua bahagia" Syed mendoakan kesejahteraan Qistina dan Akmal.

Semejak mereka bersama, Qistina tidak lagi keluar melepak bersama Syed. Dia tidak lagi menceritakan apa-apa sahaja kepada Syed. Kerana dia jarang sekali bertemu dengan Syed. Syed pula entah kemana dia menghilang. Jarang sekali melihatnya di sekolah.

Qistina pulang kerumah dnegan hati yang tidak tenang. Semenjak dia menjadi kekasih Akmal, dia merasakan ada sesuatu yang hilang. Selesai sahaja membuka kasut sekolahnya, Mak Som memberikan sepucuk surat kepada Qistina. Qistina membuka lalu membaca surat itu dengan tenang.

"Qis, sebenarnya ada satu benda yang aku nak cakap dekat kau. Benda ni sebenarnya dari dulu lagi aku nak luahkan. Tapi aku takut kau tak terima aku. Aku takut kau anggap aku ni hanya sebagai seorang abang. 
Qis, actually, aku cintakan kau bertahun-tahun yang lalu sampai sekarang. Aku sayangkan kau lebih dari seorang adik. Kau pula tidak henti asyik bercakap tentang Akmal. Sakit hati aku ni, Aku je yang tahu macam mana hancurnya hati aku bila kau ckaap kau dengan Akmal dah jadi pasangan kekasih... Qis, thanks sebab selama ni baik dengan aku. Aku harap hubungan kau dengan Akmal akan berkekalan. Pukul 7 malam nanti, aku akan berpindah ke UK. Selamat tinggal sahabatku... semoga berbahagia"

ikhlas mencintaimu,
-Syed-

Setitis demi setitis air mata Qistina jatuh membasahi pipinya. Qistina berlari meluru masuk ke kamar tidurnya. 7 malam. Kini hanya tinggal 2 jam sahaja lagi sebelum penerbangan ke UK. Qistina mencapai tualanya dan menuju masuk ke kamar mandi pula. Dia ingin menyegarkan badanya sebelum bertolak ke KLIA. Dia ingin berjumpa dengan Syed dan mengatakan bahawa sebenarnya dia mencintai Syed. Bukannya Akmal. Patutlah dia merasakan ada sesuatu yang terbesar hilang dalam hidupnya.

Selesai sahaja membersihkan diri, Qistina mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon Akmal. tut...tut.....tut.....tut.....tut...tut.... "Hello Qis, ada apa telefon ni? Ada apa?" Akmal menjawab panggilan telefon Qistina.

"Kita cancelkan jelah makan makan harini. I ada benda nak kena settlekan. And one more thing, I harap hubungan kita sampai sini sahaja. Semenjak I couple dengan you, I rasa ada harta terbesar dan termahal yang I ada, hilang. I tak tahu yang sebenarnya Syed dah lama sukakan I. I tak tahu yang selama ni I banyak lukakan hati dia. Akmal, I'm sorry" Balas Qistina panjang lebar.

"Ermm. Qis, actually I dah tahu pun yang dia suka dekat you. Masa I jumpa dia dekat Caprico Cafe, Dia cakap dekat I mak dia call surug balik. Then dia balik. Maybe dia nak cepat sangat sampai diary sendiri pon tertinggal. So I ada terbaca the, banyak sangat dia ceritakan tentang you. Tapi kalau tu kemahuan you, I terpaksa turuti. I tak berhak nak control you sebab you bukan isteri I. Okay? Syed ialah pilihan terbaik you. Bye"

Qistina mencapai beg tangannya. Dia tergesa- gesa untuk berjumpa Syed. Syed yang berada di KLIA hanya terduduk sakit. Dia ingin memberi tahu Syed bahawa dia mencintai Syed! Qistina berlari masuk ke KLIA. Semua mata memandang kearahnya, Sebaik sahaja sampai, Dia terlihat Syed sedang duduk di bangku yang disediakan. Qistina segera berlari lalu memeluk Syed.

"Ed, Qis dah tahu apa yang hati Qis nakkan sebenarnya. Hati Qis nakkan Ed. Hati Qis terima Ed seikhlasnya. Lagipun, Qis baru sahaj putuskan hubungan Qis dengan Akmal. Dia faham dan dia tahu Ed sukakan Qis. Dia baca diary Ed. Ed, maafkan Qis kalau selama ni Qis tak pernah perasan yang Ed cintakan Qis.. Qis........" Belum sempat Qistina mengabiskan kata-katanya, Syed membalas pelukkannya. Terasa hangat tubuhnya diperlakukan sebegitu.

"Thank you Qis, I love you.." Bisik Syed ke telinga Qistina.
"I love you too" Balas Qistina dengan lembut.

ORIGINAL BY ME (ELLY)



1:55 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*