❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
CERPEN: Benci Untuk Cinta
Saturday, April 6, 2013 | 0 comments

Farah mengayuh basikalnya dengan laju. Dia tidak mahu lewat untuk pulang kerumah. Hari sudah semakin senja. Kerana kejadian di hadapan sekolah, dia terpaksa pulang lewat. "Ini semua salah kau! Kalau tak mesti dah lama aku sampai rumah!" Jerit Farah sambil mengayuh basikalnya dengan lebih laju.

Sampai sahaja di rumah, Farah meluru masuk kedalam biliknya dan mengempaskan tubuh di atas katil yang empuk. Fikirannya terus melayang mengenangkan hal yang telah berlaku di sekolah pada waktu balik. Ada kalanya dia rasa seperti mahu marah. Tapi bila dikenangkan, rasa kelakar pula. Biasalah lumrah hidup.....


"Farah, Azril, harini adalah hari yang paling istimewa bagi aku. So, demi meraikan mood aku ni, apa kata balik sekolah nanti kita singgah cafe depan sekolah tu? Aku nak belanja korang makan!!!!" Nia bersuara lantang. Jelas kedengaran suaranya berbicara di dalam kelas. Nia dan Azril ialah rakan baik kepada Farah. Mereka berkawan sejak mereka kecil.

"Seriously Nia? Aku nak! Aku nak! Erm, By the way Azril, Kau taknak join Kitaorang ke? Dari tadi senyap je" Jawab Farah sambil matanya tidak putus memandang Azril yang sedari tadi termenung. Dah sampai mana agaknya angan dia tuuuu... Namun, Azril masih lagi membatu.

"Zril, Aku cakap dengan kau ni. Kenapa kau senyap je? Ada problem ke?" Tanya Nia resah. Dia risau jika kawannya itu sakit atau ada apa-apa yang dirahsiakan. Selama ini, mereka bertiga tidak bernah berahsia antara satu sama lain.

"Ha ye aku dengarlah. Kau ingat aku ni pekak ke? Aku rasa aku tak boleh nak ikutlah. Ada benda nak kena settlekan.Okaylah huys, Wa chaw dulu k. Apa-apahal esok kita sambung cerita." Azril bersuara untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh Nia dan Farah. Selesai sahaja menghabiskan kata-katanya, Azril terus beredar daripada kantin lalu masuk kedalam kelas.

-pada waktu persekolahan tamat-
"F.A.R.A.H. FARAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Jeritan Nia mengejutkan Farah yang sedang berjalan menuntun basikalnya menuju ke pintu pagar sekolah. "Jomlah kita pergi cafe depan tu. Aku belanja. Kau nak makan kek apa harini? Blackforest? Tiramisu? Orange cream? atau, favourite kau sendiri, vanilla?" Nia berlari sekuat hati lalu mendapatkan Farah. "Well, semestinya Vanilla" Jawab Farah ringkas.

"Kak, bagi sata Vanilla cake yang ni. Nampak macam sedap" Tanya Farah dengan nada yang lemah lembut. "Saya pula kasi Chocolate chips cake yang ni ya" Sampuk Nia. Anak matanya dari tadi tidak henti-henti memandang pelbagai jenis kek yang ada di dalam peti kasa itu. Semua nampak sedap-sedap belaka. Kalau makan sekali, mana cukup. Hehe...

"Boleh dik. Sekejap ye" Balas seorang wanita yang berusia 30-an itu. Wanita itu mengambil sebiji piring yang kecil lalu meletakkan kek berperisa vanilla yang diminta oleh Farah dan Nia ke dalam piring tersebut. Wanita tersebut juga meletakkan garpu di dalam piring tersebut.

Wanita tersebut menghulurkan piring tersebut kepada Farah dan Nia.
"Berapa semuanya kak?" Tanya Farah.
"RM11.35 dik" Jawab wanita tersebut.
"Haaa? RM11.35? Akak minta duit dekat dia okay. Sebab dia cakap dia yang nak belanja saya tadi. HAHA" Tawa Farah pecah saat dia menyuruh wanita tersebut meminta bayaran daripada Nia. Nia hanya membuat muka toyanya lalu mengeluarkan dompet merah jambu kesayangannya.

Farah dan Nia berjalan menuju ke tempat yang kosong untuk menikmati juadah minum petang mereka. Farah berjalan sambil membelek-belek kek yang berada ditanganya. Dia berjalan dengan terhuyung hayang. Dia tidak memandang ke arah hadapan saat berjalan dan tiba-tiba...... TUPPPP!!! Dia telah terlanggar seorang lelaki yang berbadan tegap dihadapannya. Lelaki itu kelihatan kacak dan kemas. "Wahhh. Boleh tahan juga" Bisik hati Farah.

Lelaki tersebut memandang ke arah Farah yang ternyata lebih rendah darinya. Lebih kurang separas bahu lelaki itu. "Woii apa ni? Jalan tak pandang depan! Buta ke?! Tak nampak aku ke?" Herdik Farah kearah lelaki itu. "Sorry. Tak sengaja." Jawabnya rinngkas.

Ya Allah dia boleh cakap dia tak sengaja? Dia buta ke aku tengah jalan dekat depan ni? Kalau nak usha aku cakap jelah! Tak payanh nak main langgar-langgar. Nasib baik kek aku tak jatuh. Kalau tak memang habis aku kerjakan dia! Farah menyumpah seranah di dalam hatinya. Dia terlalu bengang.

"Weyh cantik muka kau tak sengaja? Kau tahu tak nasib baik kek aku tak jatuh taw. Kalau jatuh siapa nak ganti? Kau?!" Marah Farah.
"Aku dah cakap sorrykan? Tak payah nak besar-besarkan cerita"

Kini, amarah Farah sudah sampai ke tahap maximum. Nia yang memerhatikannya dari jauh hanya mampu melihat. Tidak berani dia masuk campur. Takut lain pulak yang jadi. Dahlah Farah, Stop jangan bergaduh dekat kafe ni. Semua pandang malu kau tahu tak? Di dalam kafe itu, ramai orang yang sedang menyaksikan pergaduhan antara Farah dan lelaki tersebut.

"Why you are silent? Okay now aku nak minta maaf sebab langgar kau. Kau pon satu jalan pandang depan bukan pandang kek. Macam tak pernah makan kek. Kau tak pernah makan kek ke?" Perli lelaki tersebut.

Ada patut dia cakap kau tak pernah makan kek? Woi aku just exited je BFF aku belanja aku kek! Selama ni duit satu sen pon dia tak keluarkan untuk BFF dia ni. Ouh kau cakap aku tak pernah makan kek ye? Kau tunggu ye...

"Maaflah Encik Gila, kalau kau anggap aku ni tak pernah makan kek, kau silaplah. Kalau aku jalan nak pandang kek, lau punya hal ke? Kau dah nampak aku dekat depan aku bedal je apahal beb? Kalau kek yang BFF aku belikan untuk aku ni jatuh, Siap kau aku minta ganti rugi belikan aku kek lain!" Panjang lebar Farah menjawab soalan yang di ajukan orang lelaki itu.

"Anyway............." belum sempat Farah menghabiskan kata-katanya, lelaki itu telah menyumbat kek vanilla kepunyaan Farah kedalam mulutnya. Kini, Mulut Farah telah dipenuhi dengan kek yang agak banyak itu. Bersusah payang dia cuba untuk menelanya tetapi agak susah kerana agak banyak.

Terhembur tawa lelaki itu. "Haa itulah habuan untuk orang yang banyak membebel? Amacam? Sedap tak kek tuh? Aku tanya sepatah kau jawab 36 patah tu kenapa? Biol eh otank kau? Balas lelaki itu sambil mengelap tangannya yang terkena kek pada tisu.

"ouh kau main kasar ye? Nah amik ni rasakan pulak lawanan aku!" Farah dengan perasaan geramnya terus menyumbat kek vanilla kepunyaan ke dalam mulut lelaki itu, mulutnya kelihatan penuh sehinggakan tidak berdaya untuk bercakap. Tidak beberapa lama kemudian, perlawanan kek telah diadakan oleh Farah.

"woiiii woiii woi!!!!!!!!!!!!! Kau buat apa dekat kedai aku ni? nak bergusti? Aku buat kek tu untuk dimakan. bukan untuk main-main letak dekat muka! Sekarang habis kotor kedai aku! Aku nak kau yang bersihkan! Pergi ambil mop dengan kain buruk dalam stor belakang sana! Korang ni pelajar sekolahkan? Selagi kedai aku belum bersih, jangan harap aku bagi korang pulang.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Farah terus berlari menuju ke stor kedai lalu mengambil mop yang disandarkan ditepi dinding. Dan mulalah tugas antara mereka berdua. Farah tekun dalam membuat seusatu kerja. Farah mengemop setiap lantai dikendai itu dengan bersih.

"Farah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kau dah mandi ke belum? Cepat sikit mandi tuh! Lepasni kita solat berjemaah. Ayah kau pon ada dekat rumah" Herdikkan suara Mak Timah mengejutkan Farah dari lamunanya. Ya Allah dah pukul 7.30 pm. Macam mana dia boleh lalai semasa teringatkan peristiwa yang berlaku petang tadi? Farah membangkitkan dirinya dari katil yang empuk itu. Dia segera mengambil tuala yang disidai di ampaian kecil biliknya lalu berjalan menuju ke kamar mandi.



Tuk tuk tuk... Hentakan kasut tumit tinggi Puan Maimun kedengaran. Ini bermakna Puan Maimun dalam perjalanan menuju ke keas 5 Amanah. Suasana di dalam kelas senyap kerana Puan Maimun merupakan seorang guru disiplin di Sekolah Menegah Seri Mutiara itu.

"Selamat pagi murid-murid"
"Selamat pagi Puan Maimun!" Balas penghuni kelas 5 Amanah.
"Baiklah sila duduk! Harini, kelas kamu akan menerima seorang pelajar baru. Kamu, silakan masuk" Jemput Puan Maimun sambil memandang ke arah pintu utama kelas.

Langkah demi selangkah lelaki itu menuju masuk kedalam kelas. Wajahnya tampan. Pakaianya pula kemas dan rapi. Badanya tinggi lampai. Ciri-cirinya seperti mengikuti semua citarasa gadis-gadis diluar sana. "Selamat pagi, Saya Akmar Rizal bin Dato Kamaruddin. Pelajar baru itu memperkenalkan dirinya sambil melemparkan senyuman yang cukup manis.

Farah yang sedari tadi memandang keluar tingkap kini sudahpun mengangkat mukannya kehadapan. Matanya terbeliak melihat lelaki yang berdiri di sebelah Puan Maimun. Alangkah terkejutnya dia apbila mengecam wajah lelaki tersebut. "Aduh habislah aku. Mana nak letak muak ni nanti?" Sebenarnya, pelajar baru itulah lelaki yang telah melanggarnya di Kafe petang semalam. Ye, Akmar namanya.

Sepanjang berada disekolah pada hari itu, Farah hanya mendiamkan diri. Dia tidak bising atau membuat keoh seperti biasa. Kelas pula tidaklah seceria hari-hari lain. Suasana di dalam keas sunyi sepi kerana masing-masing membuat haluan sendiri.

Tiba-tiba, Akmar terpandang kepada seorang perempuan yang telah menarik minatnya. Setahu dia, itukan perempuan di kefe semalam itu. Tak sangka boleh sama kelas. Jodoh agaknya. Jodoh? Ehh tolong sikit ye! Akmar takkan terpikat dengan perempuan macam tu. Takda taste langsung! Secara tiba-tiba, satu idea yang sunggu hebat muncul di mindanya. Dia berjalan setapak demi setapak mendekati Farah.

"Daaaaaa!!!!!!!!!" Sergahan Akmar telah mengejutkan Farah dari lamunanya.
"Oh mak aku meletop!!!!!!!" Farah melatah kerana terlalu terkejut setelah apa yang diperlakukan oleh Akmar sebentar tadi. "Kau ni kenapa ha? Tak puas hati lagi ke dengan aku?!" Tengking Farah.

"Ehh rilekslah! Nak marah-marah kenapa? Ingat lawalah tu?" Sindir Akmar pula. Ish minah ni ada yang kena ketuk! Tak reti nak cakap lembut-lembut ke? Memalukan kaum hawa betul! Cubalah bersopan santun sikit. Barulah nampak ayu dan jelita. Ni perangai macma jantan. Silap hari bulan takda lelaki yang nak jadikan kau  bini dia! Desis hatinya.

Farah bangkit dari kedudukan. Kini matanya tepat memandang biji mata Akram. Dia tidak mungkin kalah dengan lelaki sotong dihadapannya ini. "Dah aku nak bla! Kalau kau datang dekat tempat aku just nak cari pasal better kau lupakan jelah. Ni sekolah bukn tempat bergaduh" Omel Farah sambil jari telunjuknya menunding tepat ke arah muka Akram. Tidak lama selepas itu, dia mengagkat kakinya laku beredar.


Kini, telah genap 5 bulan Akmar bersekolah di Sekolah Menegah Seri Mutiara. Dalam tempoh masa 5 bulan itu, Memang tidak sah jika sehari tidak bergaduh dengan Farah. Mesti ada ja idea hendak mengenakan Farah. Tetapi, Farah tidak lagi melawannya atau membalas perbuatan Akmar. Sebaliknya, Dia hanya mendiamkan diri.

"Kenapa aku suka sangat kacau Farah? Aku dah jatuh cinta dekat dia ke?" Akmar menujukan soalan kepada dirinya sendiri. Sejak kebelakangan ini, Dia selalu memikirkan tentang Farah. Adakah dia telah menyukai Farah? Dalam masa yang sama, dia terfikir. Adakah Farah telah menggunakan ilmu guna-guna sehingga dia bleh terjatuh cinta kepada gadis itu? hmm....

Farah menikmati permandangan di sekitar tasik berhampiran dengan rumahnya. Pada setiap petang, Farah akan berjoging di tasik yang berhampiran dengan rumahnya. Selesai sahaja berjoging dalam 20 hingga 30 pusingan, Farah akan berbasikal pula. Farah terus mengayuh basikalnya dengan berhati-hati semasa menuruni bukit. Dia berbasikal sambil telinganya asyik mendengar lagu yang dimainkan dari telefon bimbitnya.

Semasa Farah berbasikal, Seorang lelaki yang berbasikal telah menahanya. Lelaki tersebut ialah Akmar. Farah tidak dapat meneruskan perjalananya kerana dihalang oleh basikal milik Akmar.

"What do you want?" Tanya Farah.
"I want nothing. Hehe" 
"So, please do not block my way! I need to go!"
"Farah tunggulah sekejap. Aku ada benda nak cakap!"
"Cakaplah cepat apa yang kau tak puas hati dengan aku? Tak cukup lagi ke dekat sekolah kau kacau aku? Kau sakitkan hati aku? Kau malukan aku. So sekarang kau nak malukan aku depan halayak ramailah ni?" Marah Farah secara tiba- tiba.

Farah segera menungang basikalnya dan terus mengayuh. Amar turut melakukan sedemikian. Akmar berusaha untuk mengejar Farah yang semakin lama semakin jauh. Ketika menungang basikalnya, air mata Farah tiba-tiba sahaja jatuh. Akmar, kalaulah kau tahu yang aku sukakan kau, mesti kau takkan terima aku! Kata Farah sambil mengelap air mata yang membasahi pipinya.

"Makkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!" Basikal yang di tuggang oleh Farah tidak dapat dikawal. Farah jatuh tersembam ke tanah. Akmar yang menyaksikat kejadian itu segera pergi ke arah Farah. Dia membantu Farah bangun. Kelihatan dagu milik Farah luka. Pipinya juga bercalar. Akmar mengambil kain yang berada di lehernya lalu mengelap hadi dan pipi Farah.

"Are you okay?" Tanya Akmar gusar. Kelihatan muka Farah seperti sedang menahan sakit. "Kenapa bawa basikal tuh laju-laju? Kalau nak lari dari Akmar pon, kena be carefull juga"

"Yang kau nak sebok tu apahal? Ikut suka akulah! Aku yang jatuh bukan kau." balas Farah.

"Actually, Akmar nak bagitahu Farah yang Akmar dah mula sukakan Farah. Kalau Farah nak tahu, Farahlah perempuan pertama yang berani lawan Akmar". Kata-kata Akmar telah membuat Farah terpaku. Ternyata selama ini cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Akmar juga telah memendam rasa terhadapnya. "Farah suka Akmar tak?" Akmar menyambung percakapannya sambil menarik muka Farah memandangnya. Terdapat anggukkan kecil di kepala Farah. 

Farah tahu, sebagaimana cintanya kita terhadap seseorang itu, kita haruslah bersabar untuk memilikkinya. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

original by me, Elly






2:26 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*