❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Camping
Sunday, April 14, 2013 | 1 comments

Konichiwa. Actually Elly baru je balik dari camping dekat KLcc. Eh KLcc ke? Janganlah fikir Elly pergi camping dekat KLcc yang berkembar dua macam Youngmin dengan Kwangmin tuh. KLcc ni singkatan bagi Kuala Lurau Camping Centre. Lol. Nama nak glamour je. Padahal tempat punya kecik -.-

Camping kali ni bayar RM30 tapi pergi 2 hari satu malam. Memang sakit hati. dahlah tak best langsung. Percaya tak kitaorang camping tapi just buat 2 aktiviti. Kitaorang just buat night walk dengan jungle treking. Ishh memang sakit hati sangat-sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BTW, night walk tuh malam yang best gilalah. Kitaorang kena serahkan segala benda yang bercahaya dekat cikgu. Then jalan dalam hutan one by one ikut lilin. Ni kali ke 3 Elly dah buat night walk macam ni. Tapi yang kali ni punya lagi dasyat kot. Ada ke patut orang tuh pergi gantung telekung atas pokok? Nasib baik Elly takda sakit jantung. Then dekat bawah pokok tuh, ada orang jaga. Elly jalan punya jalan ada orang buat "pssss" Elly pusing-pusing je tengok ada orang. Then buat bodoh. Time ni memang Elly tak rasa takut. Sebab masa Elly jalan tuh, Elly asyik menyanyi je. Tak nyanyi Elly cakap sorang-sorang. Untuk menghiburkan hati.

Masa kitaorang jalan, kita kena pegang tali. Ikut je tali tuh pergi mana. And lepas Elly jumpa pakcik yang try nak takutkan Elly tuh, Elly pusinglah depan balik. Bila Elly nak tarik tali, sebab nak naik bukit of courselah kena tarik talikan? Nanti tak lepas pulak nak naik. Hehe. Masa Elly Tarik tali, Ada kain putih keluar dari semak. Masa tuh memang tak dapat control ketakutan terus jerit sekuat-kuat hati. Sebab terkejut! Pakcik tadi tuh gelakkan Elly. Grrr -.- Malulah masa tuh :(

And masa Elly nak turun bukit, Tanah tuh licin. Maklumlah gelap so apa-apa yang ada dekat tanah, macam mana keadaan tanah tuh semua kita tak taku kan? Apa lagi tergelincirlah. Teruk pulak tuh cara Elly tergelincir. Dari atas bukit terslide macam gelongsor. Keadaan berhenti tergelincir tuh lagi teruk. Badan dari pusing depan terus kebelakang. Belakang Elly pulak terhentak pokok buluh. Masa tuh sakit dalam hutan tuh cuma Allah je tahu. Apa boleh buat? Bangun then teruskan perjalanan walau sesukar mana. Sebab dah pukul 2 pagi -.- Dalam kepala otak ni fikir nak balik khemah cepat. 

Pejam celik dah pagi. Pagi tu Elly bangun pukul 6:20 am. Hehe lewat kan? Best betul pergi kem masa dalam zon. Boleh bangun lambat. Pagi tuh ada jungle treking. HAHA. Jungle trekinglah yang paling gelak tak henti. Bila ingat balik apa yang jadi dekat Aiman, Amy, Kak Peecah dengan Elly dalam hutan masa jungle treking tuh. Memang lawak gila. Terutamanya Aiman dengan Amy. Maklumlah pagi-pagi kan embun, so tanah dalam hutan tuh jadi licin. Kitaorang jalan hati-hati. Elly sama group dengan Kak Peecah. Serious best gila sama group dengan dia. Dia banyak kali cedera, jatuh, hampir tergelincir dalam curam sebab jaga Elly :<

Dari mula masuk hutan dalam pukul 8:00 pagi sampai pukul 1:00 tengah hari dia tak lepas pegang tangan Elly.  Pegang dengan kuat pulak tuh sebab taknak Elly terlepas. Bila dia jatuh atau tangan dia terkena duri, dia mesti cakap "Elly okay tak?" Then Elly akan jawab "Elly okay. Akak okay tak?" Nak tahu kak Peecah akan jawab apa? Dia jawab "Nasib baik Elly okay. Akak takpa." :< Untungnya dapat kakak kandung macam diakan?

Yang bestnya. Masa tuh Aiman, Amy, Kak Peecah dengan Elly semua pegang tangan sebab nak turun bukit. Bukit tuh pulak licin. So Aiman depan sekali. Then Amy pegang tangan Aiman. Kak Peecah pegang tangan Amy. Elly pulak of courselah pegang tangan kak Peecahkan. Part ni tak boleh bla. Masa Aiman try nak turun bukit tuh, dia tergelincir. Dia pon jatuh. So bila dia jatuh, Amy mesti akan jatuh jugak sebab diorang pegang tangankan? Bila Amy jatuh kak Peecah pulak jatuh. Last-last Elly sekali jatuh. Kitaorang jatuh menggelongsor dari atas bukit sampai bawah. Bila dah sampai bawah bukit, ketawa tak henti. Tahlah. Elly nak ceritakan balik ni pon dah tergelak.

Dalam pukul 1:00 lebih kitaorang dah keluar dari hutan! Yeayyy jungle treking dah habis! Serious masa keluar dari hutan tuh, Takda rasa sakit apa-apa pun. Tapi bila dah nak balik, bas dah sampai depan sekolah, baru terasa lenguh-lenguh tangan. Kaki terseliuh masa dalam jutan tuh. Badan belakang Elly jangan tanyalah. Terlanggang buluh besar mau tak sakit. Ermm. klah, itu je nak certia. :)

Thank you for the best time :)



2:22 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*