❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
STRESS
Friday, March 8, 2013 | 1 comments

Arghhh rasa macam nak menjerit je. apesal harini aku stress sangat? Dahlah baju salah buat. Aku nak pakai apa? Sabar jelah aku dengan kedai ni! Tak agak-agak der! Dekat sekolah stress balik rumag stress eh kat mana ha nak bagi aku tak stress? Kenapa tiap-tiap hari nak kena buat aku marah? Dengar lagu boyfriend baru tenang sikit hati aku. Kalau tak sorang-sorang aku kasi penampar.

Ni yang sorang tuh aku tengah angin buat lawak bodoh dia! Aku paling pantang aku tengah angin orang buat lawak bodoh. kau nak rasa free kick aku kau try buat lagi. Nasib aku dapat control kemarahan aku. Kalau tak asdfghjkl aku kerjakan kau! Sehari tak cari pasal, memang bermasalah.

Yang paling aku sakit hati apesal baju aku slaah buat? Ehh bengang betul aku dengan orang kedai tuh! kau buta huruf ke apa? Serious aku nak keluar nak jerit sekuat-kuat hati aku memang tak boleh sebab ayah aku tak kasi aku keluar naik motor sebelum PMR, so hanya mampu pendam dalam hati. Nak nangis malu. Tapi lama-lama aku yakin air mata aku ni keluar jugak. Aku tak pernah marah orang tak nangis. Tak tahu kenapa.

Ya Allah, berilah kesabaran yang kukuh kedalam hatiku ini. Aku tak nak menambahkan dosa aku. Esok mak Fiey ajak keluar aku harap esok hari yang paling menenangkan hati aku. Bila dengan Fiey aku tak ingat langsung problem yang aku ada. Semua lupa. Tapi bila dah jauh dari Fiey, semua benda jadi tak kena. Dah nak dekat seminggu hati aku tak tenang.

Kenapalah aku tension sangat? Dekat sekolah cikgu dalam kelas suka marah-marah. padahal kelas tak buat apa-apa pun. Masuk-masuk je nak menengking. Bila cikgu takde, anak raja kapur pulak buat hal cari pasal. Macam takde life sendiri. Orang nak study boleh memekak macam pffttttt k! Dekat rumah jangan cakaplah. Dengar mama bebel itu ini. Adik aku tak dengar kata. Ish. Lama-lama boleh mati sebab stress aku.

Kalaulah diberikan aku permintaan, Aku nak minta aku jadi gila. Orang gila takde perasaan. Orang gila tak tahu apa tuh masalah. Tengok kehidupan orang gila tenang je walaupun duduk dekat jalanan. Tak pon aku nak minta aku ni hilang ingatan. Biar semua problem aku hilang. Orang lain nak lari dari masalah bunuh diri. Aku taknak bunuh diri sebab dosa besar. Semarah-marah aku ni pun aku still ada iman k. So aku hanya mampu minta aku nak hilang ingatan biar semua benda and masa silam aku, aku dapat lupakan.

So korang semua tolonglah comment kasi aku semangat untuk terus sabar. Aku mohon sangat-sangat sampai aku terpaksa update blog guna perkataan "AKU" Sebab aku tak tahu nak lepaskan amarah aku dekat mana. Serious so please comment kasi aku kesabaran. :)

TODAY I'M SO STRESSS!!!! IN MY HEAD I WANT TO KILL YOU!

7:03 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*