❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Sahabat + Selamanya = CINTA?
Sunday, March 17, 2013 | 5 comments

"Weyh Aizril, Apa yang kau fikir? Termenung jauh nampak. Ingat dekat siapa?" Sergah Nisa mengejutkan Aizril dari lamunanya. Aizril ialah kawan baik Nisa sejak mereka kecil lagi. Hubungan mereka sangat rapat sehinggakan Nita meras asatu perasaan pelik menusuk jantungnya setiap kali bertentangan mata bersama Aizril.

"Ishh kau ni Nita! Mana ada aku ingat kat siapa-siapa. Aku tengok pokok yang besar tu lah" Jawab Aizril seraya jarinya merunding ke arah pokok yang rendang kehijauan.

"Haaa nampak-nampak. Kenapa? Ada hantu ke dekat situ?"

"Kau merapu apa pula ni. Bila aku tengok pokok tu, aku teringat zaman kita kecil-kecil dulu. Aku teringat masa tu aku tak reti panjat pokok. Kau pula dah sampai atas pokok" Nita merupakan seorang gadis yang cantik, putih kemerah-merahan dan sedikit "boyish"

"Rileks lah! Tu zaman kecil-kecil dululah. Sekarang ni aku nak panjat pokok pon malu tahu. Maklumlah akukan jadi gadis ayu sekarang ni" Balas Nisa sambil tertawa.

"Ayulah sangat. Dari dulu sampai sekarang sama je perangai. Macam jantan! Tak ubah-ubah"

"Cakap dengan kau ni memang menyakitkan hati. Dahlah wa gerak dulu. Makanan ni taknak sudah. Bagi Tompok makan kenyang sikit perut dia" jawab Nisa dengan nada yang sayu bercampur kegarangan. Dia mengambil makanan yang dibawa untuk diberikan kepada Aizril pergi. Berpura-pura merajuk -.-

"Nisa tunggulah! Eh Dia ni sejak bila pandai buat muka ni? Biasnaya cool je. Woi Nisa tunggulah aku! Makanan tuh aku naklah. Kasilah aku balik" Jerit Aizril sambil berlari untuk mendapatkan Nisa yang semakin lama semakin jauh dari pandangannya.

***********************************

Deringan telefon bimbit Nisa megejutkannya daripada lena. Dalam keadaan mamai, dia berusaha untuk mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di meja bersebelahan dengan katilnya. Punat telefon ditekan.

"Hello? Ni Anisa Sofea binti Zainuddin ke?"

"Ye, ni Nisa. Siapa ni? Kenapa call malam-malam buta? Orang nak tidurlah. Call lah esok pagi. Kan ada masa". Marah Nisa kerana mengganggu tidurnya. BAri je nak mimpi main kejar-kejar dengan Shah Rukh Khan! Ada je yang ganggu!

"Hey Nisa, Ni I lah, Amira. You dah tak ingat I lagi ke? Lama tak dengae cerita. Maybe hujung minggu ni I balik Malaysia. Nanti kita meet boleh tak?"

Mendengar sahaja nama Amira, Mata Nisa terbuka luas. Adakah dia bermimpi? Hampir tiga tahun dia tidak mendengar pemilik suara itu apatah lagi melihat tuan empunya badan. Alahai, kecilnya dunia ni.......

"Ni Mira anak pakcik Yusop eh? Serious ke ni Mira? Mira!!!! Rindunya I dekat you! I nak snagat jumpa you!" Balas Nisa dengan nada yang sungguh gembira.

"Ye ni I Mira anak pakcik Yusop. Ingat lagi? Okaylah Nisa. I call you just nak cakap benda tu je. Hujung minggu ni You jemput I dekat KLIA okay? Bila I dah sampai I text you! bye!"

"Bye". Jawab Nisa ringkas. Punat telefon ditekan untuk menamatkan panggilan.

Nisa senyum sendirian dikamar tidurnya. Tidak sabar rasnaya hendak tunggu hujung minggu tiba! Maklumlah nak jumpa sahabat baik yang telah terpisah selama tiga tahun kerana menyambung pengajiannya ke luar negara.

Hampir 5 minit termenung, Nisa kini kembali ke posisinya yang sebenar. Dia bari mengiring menghadap tingkap biliknya. Lama-kelamaan, matanya layu dan semakin layu. Nisa kembali menyambung lenanya yang tergendala sebentar tadi.

BERSAMBUNG... SEBAB NAK SKYPE DENGAN BFF :D



12:30 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*