❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Gomennasai :(
Sunday, March 31, 2013 | 0 comments

Oyasuminasai! Lama betul Elly tak update blog kan? Hampir seminggu juga. Maklumlah start je cuti hari Jumaat lepas, Elly terus balik kampung. Facebook, twitter semua account Elly memang tak sempat nak check. Terutamanya blogger. Memang takda masa langsung nak check cboc taw :<

Btw, gomennasai tuh maksudnya I'm sorry. Nak tahu sebab apa? Humm. Sekarang ni Elly memang ada problem terbesar. Walaupun bagi korang tak sebesar mana, Tapi bagi Elly, nilah masalah yang paling besar Elly pernah dpaat dalam tahun 2013 ni. Actually, Elly dah rosakkan tablet ayah Elly :( Masa hari Ahad, Elly baru je merayu dekat dia nak tab tuh. Dia pon cakap "ambilah, janji dengan ayah jaga elok-elok jangan sampai rosak" Tapi hari Isnin tu, Tab tuh terus rosak! Ya Allah kalau ayah Elyl dapat tahu Elly dah rosakkan tab yang dia baru beli and bagi dekat Elly tuh, mesti dia anginkan?

Mama dengan kakak Elly tahu yang Elly dah rosakkan tab tuh. Charger yang ayah Elly kasi untuk cas tab tuh dah rosak. Tak tahu kenapa battery tak full bila cas. And masa dekat kampung tuh, Elly tengok charger phone cousin Elly sama dengan cas tuh. Elly pon try lah nak cas. Tengok-tengok bila nak dekat 2 jam cas, Nak on tab tuh, screen terus blank. Sebelum Elly minta izin nak cas tab guna cas dia, dia ada cakap "Qila, cas aku ni bengong sikit, better jangan cas" Tapi Elly degil. Elly cas jugak. Tuptup dah ranap :<

Sekarang ni Elly tengah kumpul duit nak belikan tab baru untuk ayah Elly. Walaupun tab tuh dia dah kasi Elly, Tapi Elly kesian dekat dia. Sebab tab tuh dia baru beli guna duit dia. Tapi Alhamdulillah yang Elly rosakkan tuh tab kecil kalau tab samsung yang besar mati aku nak cari duit! Tab kecil ni lebih kurang 300-400 ringgit je. And now Elly kira duit Elly yang Elly kumpul sekian lama, Ada RM250. Sikit lagi nak cukupkan RM500. 

Kenapa Elly ank beli? Kenapa Elly tak pergi repair? Sebenarnya dah puas dalam masa seminggu tuh Elly round satu Johor nak repair tab. Tapi dia cakap tak boleh repair. Kena beli baru. Nak buat macam mana. Ishh dahlah dalam tab tuh banyak lagu yang Elly download. Masa nak download lagu tuh pulak berbulan-bulan sebab macam-macam dugaan datang bila nak download lagu. hummm :<

And yang bestnya, first time mama Elly bersubahat dengan Elly taw. Dia tak bagitahu ayah pon yang Elly dah rosakkan tab. Sebab masa Elly bagitahu dia tab dah rosak, Dia senyap je then Elly merayu sambil buat muka simpati cakap dekat mama "Mama, mama jangan bagitahu ayah taw Qila rosakkan tab" Mama Elly pon terus jawab "Hmm yelah. Nanti petang kita pergi repair tab tuh" WOW! Masa tuh cuma Allah je tahu bertapa gembiranyan hati ini :>

Yeahh btw cuti kali ni memang amatlah membosankan. Sebab? Dekat kampung takda motor. Ouhh perempuan bawak motor macam bohsia? Tolonglah jangan pemikiran kolot. Elly walaupun baru 15 tahun dah pandai naik motor, Elly tak campurlah dengan budak-budak macam tuh. Elly just bawak motor pergi laut main gitar untuk reka lagu tuh je. Sebab lautkan mendamaikan. 

Oklah itu je yang Elly nak cerita memalam buta macam ni. Sayonara daisukina hito :)

4:09 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*