❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Facts About Me
Tuesday, March 19, 2013 | 2 comments

Konbanwa. Malam ni Elly nak update fakta tentang diri Elly. Apa sifat yang ada dalam diri Elly. And sejujurnya Elly tak tipu k. Elly nak update semua pasal Elly. Sebab BFF Elly cakap Elly tak bagitahu orang personaliti Elly. Sampai dia pun tak tahu apa hobi Elly and apa yang Elly suka buat. Dia tak tanya :)

#1 Kuat merajuk
K, Elly mengaku Elly ni memang kuat merajuk. Tak percaya tanya Fiey or kakak Elly, or mama Elly or Adik Elly. Diorang dah masak dengan perangai Elly yang kuat sangat merajuk bila tak dapat benda yang Elly nak. Tapi Elly jarang sangat menangis depan mama Elly. Sebab? Takut dia rasa sedih juga :(

#2 Cepat marah / Baran
Yeahh Elly memang cepat sangat marah apatah lagi bila dalam zon. Rasa macam nak makan je orang yang buat hal tuh. And Elly paling pantang bila Elly tengah buat satu kerja tuh dengan khusyuk, contoh menari dalam bilik ke, or study orang kacau. Memang akan angin.

#3 Kedekut
Ni lagi satu yang paling menjengkelkan. Elly ni kedekut orangnya. Apatah lagi bila ada orang nak makanan Elly. Elly paling tak suka orang minta makanan Elly melainkan Fierra or mama Elly. Sebab diorang makan dari full tinggal sikit. Fiey dengan mama Elly makan tak terlalu banyak and tak terlalu sikit. Tuh sebab Elly tak kesah share makanan dengan diorang! 

#4 Kelam kabut
Ni yang paling jelas ketaralah. Elly jenis yang kelam jabut tak caya tanya Fiey. HAHAHA. Dia selalu gelakkan Elly. Kesian kan? Hummmm :(

#5 Happy go lucky
Kakak Elly cakap Elly ni jenis yang Hyper. Apa-apa hal mesti ketawa. Tapi yang Elly perasan dalam diri Elly, Bila Elly ada problem, Elly automatik akan jadi bisu. Tak tahu kenapa. Bila prob tuh dah settle, automatik jadi hyper balik. Kadang-kadang happy tak ingat dunia. But When I am sad, I will laugh. Tapi gelakkan tak sama macam betul-betul happy k.

#6 Sukakan seni tari, muzik dan teater
Elly ni jenis yang sukakan lakonan, menari dan menyanyi. Yeahh I don't care what people would say about me. Because this is what I am. I gonna show you who I am. Kadang-kadang bila balik sekolah smeentara tunggu pukul 5 ada latihan netball, Elly masuk bukak lagu kuat-kuat and menari. Sebab? Sebab dari kecil lagi Elly dilatih menari tuh sampai ke besar terbawa-bawa. Lakonan memang suka tapi tak seberapa. But seni muzik is my favourite. Elly ada juga reka-reka lagu sambil cari chord guitar ^^

#7 Kuat makan
Ni salah satu budaya Elly yang paling teruk. Elly ni memang kuat makan tapi tak gemuk-gemuk. Berat maintain 42kg dari form 2 dulu. Bila fikir balik apahal berat Elly tak naik-naik, rupanya Elly ni sellau menari. Bila Elly menari peluh of courselah keluarkan. Tuh dia bawak lemak-lemak dalam badan Elly.

#8 Perasan
HAHAHA. Ni paling bengong kot. Masa first time Elly tengok Youngmin tuh, Malam tuh Elly terus mimpi dia. Dah 3 kali kot mimpi Youngmin and boyfriend members yang lain. HAHAHA paling gila kot benda tuh. Lepas mimpi tuh, Elly sellau perasna Elly ni isteri kepada Youngmin eh lantaklah tak suka diam sudah. Jangan nak dengki cakap itu ini k *perli someone*

#9 Suka tengok cerita korea
Ni pon salah satu facts about me. Elly memang tak boleh tinggal langsung cerita-cerita korea ni. Rasa jadi gila! Dah ketagih macam nilah. Tapi Elly tak berapa suka lagu korea sebab susah dohh nak nyanyi. Elly jenis yang lebih sukakan lahu Jepun, tetapi kurang suka dengan cerita Jepun. Tapi lagu-lagu boyfriend tuh lain cerita k. Sebab hubby Elly ada nyanyi tuh pasal suka ^^

#10 Gilakan novel & majalah
Elly pon salah seorang peminat novel k. Terutamanya novel cintan cintun wahhh!! Bila baca mesti berangan HAHAHAHAHAHAHH. Elly pon suka baca majalah terutamnaya majalah e-pop dengan klik. Hehe. Sebab banyak kpo-kpop dalam magazine tu.

#11 Suka memasak
Elly suka masak tapi tak suka mengemas and menjahit. Bila KHB belajar part menjahit euww menyampah gila!

#12 Jenis boyish kot
Cikgu Aziz pernah cakap yang Elly ni jenis boyish. Memang pon kot. Elly jenis tak sukalah perempuan yang terlalu lembut. Geli. And Elly ni jenis suka perempuan rambut pendek. Suka sangat tengok perempuan rambut pendek. SUKA bukan CINTA k.

#13 Muka selalu kena fitnah
Muka Elly ni memang muka sellau kena fitnah taw. Tak tahu kenapa. Orang lain yang buat mesti Elly yang kena. Apa boleh buat? Sabar je. Sebab Allah akan membalasnya. Elly tak plan nak berdendam tup tup Kejap je Allah balas. So kita kena diam sebab diam boleh memenatkan musuh.

#14 Suka sejarah tak suka Geo
Elly jenis yang suka snagat subjek sejarah. Tapi tak suka gila dengan Geografi. Ishh tak tahulah kenapa. Sedangkan ramai cakap Geo tuh sennag. Tapi bagi Elly, history is more better k. lol~~

#15 Gerakkan hati.
Biasanya kalau orang tuh lawa, Semua mesti cakap "Eh lawanya dia" Tapi kalau orang tuh betul-betul lawa bagi Elly, Mesti Mata Elly tak habis-habis pandang dia and hati Elly asyik cakap "lawanya dia" non-stop!

#16 Suka edit gambar bukan-bukan'
Yeahh bila Elly bosan, Elly akan edit gambar. Cari gambar sapa-sapa then edit. Hobi k hobi. Jangan nak seboklah ye! Hehe

#17 Suka tendang / ketuk / Tampa and backhand tangan orang
BFF Elly sellau kena backhand dengan tampa daripada Elly. Sebab? Takyah tahulah kenapa k. And bila ada orang terkejutkan Elly, Kalau Elly betul-betul terkejut, Mesti Elly rasa macam nak bagi je flying kick dekat dia. Biar insaf -.-

#18 Suka unah and jahanamkan lagu orang
Bila satu lagu tuh Elly tak ingat lirik. Macam lagu-lagu melayu mana Elly tahu sangat kan. I mean, Tak tahulah lagu melayu yang baru. Balik-balik tahu lagu baru jepun. Memang Elly hentam jelah lirik lagu melayu tuh kalau dnegarorang nyanyi. Asalkan penyanyi betul takda dekat situ.

#19 Love Youngmin
Elly cinta sangat jatuh hati snagat dekat si Youngmin ni. Elly berazam nak belajar betul-betul biar dapat pergi korea untuk melamar Youngmin. And belajar betul-betul sebab Elly nak jadi doktor. Elly nak bukak klinik dekat Jepun. Ayah Elly cakap kenapa taknak bukak klinik dekat korea? nanti dpaat jumpa Youngmin. Jawapan Elly " Tak faham bahasa korea. Baik dekat jepun sekurang-kurangnya adalah faham-faham tuh" Hehe.

#20 Tak suka jawab call / reply text orang
Kredit tengah berlambak, memang sekali takkan reply text orang. Malas nak type. lol. and bila orang call, buat don't know sudah. Malas nak jawab apetah lagi bila ada number tak kenal call. Angkat bila orang tuh sebok merapu cakap apa Gerneti terus letak. Call lagi memang sumpah takkan angkat sampai cakap betul-betul gila

#21 Suka pakai jam, cincin dengan gelang
Elly ni jenis yang suka sangat pakai jam. Tak selesa kalau tak pakai jam. Cincin tuh bolehlah kalau rajin. Yang paling penting jam dengan gelang tuh! Wajib ada dekat tangan bila cuti sekolah k.

#22 Tak boleh pakai rantai
Elly ni jenis sensitive. Leher tak boleh pakai rantai atau ada benda-benda. Nanti jadi gatal-gatal lepas tuh merak-merah luka luka. Humm kesian kan. So lelaki-lelaki kat luar sana plez jangan hadiahkan Elly rantai. Memang takkan pakai. Eh, Macamlah ada orang nak hadiahkan aku rantai :P

#23 Mulut becok potpetpotpet
Sorrylah ye. Elly ni jenis murai sikit. Mulut tak reti diam. And lagi satu Elly ni jenis cakap tak cover taw. Main lepas je. Elly ni tak reti jaga hati orang so maaflah kalau ada terkasar bahasa. Elly jadi macam ni pun sebab orang lain tak pernah jaga hati Elly tuh Elly sikap Elly berubah.

#24 Tak pandai pujuk
Elly jenis yang reti pujuk orang tapi berusaha untuk buat orang happy and kembali kepada perangai normal balik. eh?

#25 Kalau nak, buat betul-betul. Kalau taknak memang takkan buat!
Elly ni pulak jenis yang kalau nakkan sesuatu, Elly akan buat betul-betul. Tak kira penat ke orang nak kutuk asalkan Elly akan pastikan Elly akan dapat juga. Tapi kalau Elly taknak benda tuh, Memang Elly takkan buatlah. Sorry to say k!

#26 Bahasa asing
Elly jenis yang cakap bahasa asing kalau nak mencarut. Lebih sopan kot. Elly sellau guna bahasa Jepun kalau nak mencarut -.- Biar semua tak faham.

#27 Tak boleh kena tegur.
Kalau kena tegur memang Elly akan terima tapi tak ikhlas k terim ateguran tuh, Dikira macam bajet baguslah.  And Elly tak suka orang buat lawak time Elly tengah marah.

#28 Penggila Kpop dengan Jpop
Elly tak boleh nampak poster-poster atau apa-apa yang berkaitan dengan Kpop or Jpop k.

#29 Tidur sebilik dengan kakak
Elly memang tidur sebilik dengan kaka Elly, walaupun sekatil, Elly tak sahre selimut dengan dia. Sebab Elly tak suka share selimut dengan orang. HAHAHAHA.

#30 Cepat terasa
Kadang-kadang Elly ni memang kuat gila terasa. Tapi serious terasa macam mana pon, Elly mesti maafkan orang tuh. Elly ni jenis pemaaf.

#31 Benci orang suka copy 
 Dalam hidup Elly, Elly paling benci orang copy-copy style Elly. Please get your own style and show who you are! Suka ikut-ikut macam takde life yo!
Rasanya ni je kot. Kalau korang ada perasan pasal diri Elly, Inform k.

I need your comment!
11:17 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*