❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
My best K-drama by Aziera
Sunday, February 24, 2013 | 0 comments
Hi. Kali ni Elly join segmen k-drama pulak. Ada orang jemput Elly join so join jelah. Mana tahu nasib baik punya. HAHAHA. Nilah kegunaan blog kan? Btw, dalam segmen ni Aziera suruh kita ceritakan cerita korea apa yang kita minat sampai keluar air mata darah. lol -.- Cerita yang Elly paling minat and cerita first yang buat Elly menangis, Cerita You're beautiful lakonan Park Shin Hye, Jang Guen Suk, Lee HongKi (FTisland) and Jung YongHwa (CNblue)
Seriously Elly cakap. Dalam banyak-banyak K-drama yang Elly tengok, Cerita ni yang buat Elly betul-betul menangis tak ingat dunia. Cerita ni ada jugaklah sama dengan cerita To the beautiful you lakonan Sulli (Fx) dengan Choi MinHo (SHINee). Maksud Elly, yang samanya perempuan menyamar jadi lelaki. Tuh je. Takdelah sama 100%.

Dalam cerita You're beautiful ni, perempuan tuh (Park Shin Hye) terpaksa menyamar jadi lelaki. Ada orang minta tolong dia untuk jadi lelaki. Dalam keadaan terpaksa itulah dia jatuh cinta dengan ketua A.N.JELL, TaeKyung (Jang Guen Suk). Sebenarnya semua tak tahu yang dia tuh perempuan. kecuali orang yang suruh dia jadi lelaki dengan seorang perempuan assistant dia. Nama dia Elly tak berapa ingat sebab cerita ni dah lama Elly tengok. Tambah lagi banyak K-drama Elly tengok memang blank lah otak nak ingat satu-satu kan? HAHAHA.

Tapikan, yang sebenarnyakan. Dalam kumpulan A.N.JELL tuh ada lelaki yang dah tahu dia perempuan. Sebab masa perempuan tuh pengsan, ShinWoo (Jung YongHwa) angkat dia, and kepala perempuan tuh macam terangkat *Elly tak tahu nak jelaskan macam mana tapi korang buat-buat fahamlah ye* rambut perempuan tuh macam terflip and nampaklah keayuan perempuan tuh. cehh -.- Lepas je ShinWoo tahu dia perempuan, ShinWoo tolong simpan rahsia perempuan tuh. Perempuan tuh tak tahu pon yang ShinWoo dah tahu dia tuh perempuan. So ShinWoo tolong simpan rahsia tuh senyap-senyaplah. Dalam group tuh dia orang pertama tahu yang Go MiNam (Park Shin Hye) tuh perempuan bukan lelaki.

Yang sedihnya dalam cerita ni, kesian sangat dekat ShinWoo. Dia punyalah cinta dekat si Go Minam tuh tapi MiNam boleh buat dek je? Minam ni tak nampak ke bertapa baiknya ShinWoo layan dia? Tapi kenapa si Minam ni still nak dekat Tae Kyung tuh? Muka takdalah handsome mana. ShinWoo lagi handsome kot. Apatah lagi Tae Kyung tuh selalu marah-marah, tengking-tengking dia. Tuh pon mase tak sedar? Cer tengok Shin Woo layan dia hapakk baiknya tapi tak sedar! Buta! Kalau akulah jadi kau MiNam, Tae Kyung tuh memang aku tak pandang langsung! Baik aku pandang ShinWoo tuh. Tenung lama-lama pon takpe -.-

Jeremy dalam cerita ni pulak Lee Hongki (FTisland). Jeremy tuh dikira macam "maknae" lah dalam A.N.JELL tuh. Sebab dia jenis manja and suka buat MiNam ketawa. Bila MiNam sedih, Dialah orang pertama buat MiNam senyum balik. Dia tak pernah marah-marah MiNam macam mana Tae Kyung marah. And masa dia tahu yang MiNam tuh perempuan, Seriously muka dia macam marah je. Macam nak mengamuk. Tapi last-last dia cakap "Awww, You're soo cute" *tak silap lah* sambil cium dahi MiNam tak silap. HAHAHA. Serious Elly terus ketawa tengok part tuh.

And part yang paling best dalam cerita tuh, Masa TaeKyung, ShinWoo dengan Jeremy nak kenakan seorang perempuan gedik yang paksa diorang masa. Part tuh memang lawak gila! Adalah seorang perempuan ni. Tapi Elly tak ingat nama dia, datang rumah A.N.JELL and paksa semua lelaki-lelaki tuh masak. Masa tuh MiNam takde dekat rumah. Dia keluar. So tinggallah lelaki tuh bertiga dekat rumah. Yang perempuan ni masuk tak ucap salam apa terus paksa diorang masak. Perempuan tuh suruh masak spegeti sedap-sedap tapi 'bala' yang lelaki tuh kasi. HAHAHAHAH

Macam-macam diorang letak dalam spegeti tuh. Si ShinWoo letak garam tak silap. Jeremy letak gula. Tae Kyung yang tak boleh bla, dia pergi letak CUKA dalam spegeti tak ke mampoiii makan? HAHA. Tapikan yang part tak bestnya, masa perempuan tuh ontheway bawak sudu dalam mulut, si MiNam tuh pulak balik. So perempuan gedik tuh suruh Minam rasa dulu spegeti yang Tae Kyung, Jeremy dengan ShinWoo buat. Pucat muka lelaki-lelaki tuh. Si Minam dengan lurus bendulnya pergi rasa, Tapi tak sempat makan. Demi menyelamatkan keadaan, Jeremy tak kasi Minam rasa. Dia cakap dia sanggup rasa dulu. So dia amek sudu dekat tangan minam and rasa. Tahu kelat muka bila rasa. Garam, gula, cuka semua campur dah jadi puaka spegeti tuh -.-

Oklah. Elly malaslah nak update banyak-banyak. Korang nak tahu cerita selanjutnya, Korang kena tengok sendiri. Cerita ni bukan banyak episodes pon. Cuma 16 je. Kan sikit tuh. Tak sampai 20 so, sempat sangat nak tengokkan? HAHAH. Btw, cerita ni lagi banyak sedih daripada gelak. *FOR ME* Because this is the first drama that makes me cry so badly :'( kbye thanks.

Good luck Elly for this segmen! Fighting!



3:14 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*