❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
I'm smiling but inside I'm dying
Thursday, January 17, 2013 | 0 comments


Hi. Assalamualaikum. Rasanya macam nak dekat seminggu jugak aku tak update blog kan? Busy dengan kerja sekolah apatah lagi tahun ni PMR. Last year PMR pula tuh. So kenalah usaha lebih kan? 

Okay. Nak belajar dalam kelas tuh memang boleh. Apatah lagi aku ni kelas pertama. And kelas pertama ni adalah kelas harapan sekolah right? Tapi seriously dalam kelas 3M tuh, memang tak boleh nak study. First asyik gelak je. Almaklumlah. Ada tukang melawak duduk depan aku. Yahh yang itu aku tak kesah sangat. Tapi yang aku kesahnya. Dalam kelas tuh ada je budak suka cari gaduh.

Bila orang tengah study ke tengah buat kerja. Memang kerja dia suka menggejek orang. Ya Allah dah form 3 matanglah sikit. Harap lelaki suara dah garau tapi perangai masya-Allah. Memang sakit hati gila. sikit-sikit nak cari gaduh. Ada sekali aku tengah jalan, dia boleh slek kaki aku? Nasib baiklah aku tak jatuh. Kalau tak  mesti malu gila.

Tahlah kenapa aku sakit hati sangat. And bila aku dengan Fie tengah cakap dekat cikgu, boleh pulak mamat dua ekor tuh menyampuk. Tak sopan langsung. Kalau menyampuk benda-benda elok takpe. Ni menyampuk yang bukan-bukan. Bila orang suruh senyam memang takde perkataan lain diaorang sebut. "MAMPOS" jugak yang terkeluar dari mulut diaorang. -____________-

And yang paling aku sakit hati. Kalau nak ejek orang tuh, ejek jelah aku kan? Takyahlah sampai nak ejek mak ayah. ouhh maybe mak ayah diaorang dah mati? Maaf, tersengaja nak berbahasa kasar. Bila dah ejek, orang sakit hati, tahu minta maaf. Tapi lepas minta maaf tak sampai seminit buat balik eh apa ke bodohnya?

"Tengok Elly orang ejek nama bapak dia, dia cool je taw" Ye memang nampak aku coolkan? Tapi kau tahu tak perasaan aku dalam hati ni macam mana? Aku rasa nak naik rentung hati aku tahan panas api kemarahan. Aku diam je. Senyum je walaupun hati aku ni tengah pahit macam tapak kasut sekolah aku. Apa yang aku fikir dalam kepala hotak aku, Biar Allah balas. Lagipun Allah suka orang yang memendam perasaan marah. Banyak pahala. Banyak ganjaran. Hati kita seksa sekarang, Kebahagiaan tengah tunggu kita dekat depan sana.

Dahlah malas nak cerita banyak-banyak pasal dua ekor mamat ni. Bye.

5:02 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*