❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Happy Me :)
Wednesday, January 30, 2013 | 0 comments


Hye guys. Hehe. Semalam pergi tuntut duit bantuan awal persekolah, RM100. Hehe. Dapat je duit tuh terus minta dekat ayah kan? And aku cakap dekat ayah aku duiot tuh nak beli MP3. WAAAAA. seriousky dia senyum. Mula-mula aku ingat dia tak kasi. Maybe dia suruh beli buku belajar kan? Almaklumlah calon terakhir PMR.

Bila balik sekolah tadi aku cakap dekat ayah aku petang ni nak keluar. Dia terus cakap "TAK BOLEH" Maybe dia ingat aku nak keluar dengan Tajvenjit kot. Tapi bila aku cakap "Bukan dengan Taj. Tapi keluar dengan ayah" Ayah aku terus cakap "okeyyyy" siap senyum lebar sampai ke telinga lagi tuuuuhh. Hehe. GEMBIRA GILA HARI NI. Maybe ni hikmah aku bersabar. Sebenanrnya dah lama aku nak MP3 sebab bosan bila dalam kereta nak balik johor. Tapi aku terus berdoa biar suatu hari nanti aku dapat Mp3. Memang betul, Allah mendengar setiap rintihan hambanya.

Bila fikir. Aku nak Mp3 yang biasa jekan. Tapi kakak aku cakap belilah yang ada skrin. Tapi tengok dululah. Kalau sama je dengan Mp3 yang biasa okeyy je. Kakak aku cakap harganya sama. Tapi kalau lagi mahal dari harga yang Mp3 biasa terpaksa lah beli yang takde skrin. Buat apa nak beli yang mahal-2 sedangkan fungsinya sama je? cuma bezanya boleh tengok lirik lagu and boleh tahu tajuk lagu. Asalkan ada kita kena BERSYUKUR daripada ayah aku tak izinkan aku beli.

First time kot nanti aku beli barang yang hampir ratusan ringgit dengan duit sendiri. Selama ni memang lah aku nak Mp3 tuh. Tapi kesian sangat dekat ayah aku. Duit yuran sekolah aku belum bayar lagi. Apatah lagi sekarang ni ayah aku ada masalah kewangan sikit. Rasa sedih bila tengok dompet ayah aku ada berapa ratus je. Tuh sebab aku nak beli guna duit sendiri. Kesiam dekat ayah dengan Mama.


And bila besar nanti aku nak jadi doktor. Nanti bila mama dengan ayah sakit aku boleh rawat dia. Tak payah keluar duit pergi klinik lain. And aku teringin sangat dapat rawat mama dengan ayah. Kalau aku tak berjaya jadi doktor, aku dapat lelaki yang kerja doktor pon jadi. Aku nak belajar rajin-rajin and insyaAllah satu hari nanti aku bakal jadi doktor :) Amin :*

insyaALLAH one day I will be a successfully doctor :*


3:54 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*