❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Thank you
Friday, October 19, 2012 | 0 comments


Assalamualaikum. Tadi terbaca lagi blog Fierra. Ada dia update pasal dekat sekolah.

Tadi budak perempuan kelas 2M bergaduh dengan 2B. Sebab apa tak boleh cakaplah. Aku pon tak tahu cerita yang sebenar. Tapi yang pasti budak 2M dengan 2B tuh memang kawan aku.

2M tuh Pyka. 2B pula Amy. Diorang bergaduh dekat luar sekolah. Aku dengan Fyna diri atas batu. Kitaorang pendek so kena diri atas batu biar nampak tinggi. Sebelah baru yang aku diri tuh. Ada batu besar then tajam. Fierra pergi berdiri dekat depan batu tuh. Cari nahas betol!

Masa Amy tolak Pyka tak silap aku. Pyka kebelakang then terlanggar Fierra. Ya Allah nasib aku aku cepat kalau tak dah terlentang Fierra kena batu tuh. Entah hidup lagi ke tak aku pon tak tahu. *aku harap hidup lagi* Aku tak dapat nak bayangkan macam mana kalau aku takde dekat sebelah Fierra? Macam mana keadaan dia? Macam mana dengan hari-hari aku yang seterusnya. Macam mana aku nak hidup kalau takde dia. Aku tak sanggup weyh! Tak sanggup :'(

Pernah sekali dulu. Aku tak ingat bila. Masa balik sekolah. Aku nyaris nak mati kena langgar. Macam mana pula masa tuh aku boleh jalan tak tengok kiri kanan?. Aku main jalan je then tiba-tiba Fierra jerit "ELLY". Aku terkejut then berhenti. Masa aku berhenti tuhlah ada motor warna pink laju lalu depan aku. Lepas je motor tuh lalu aku terus pandang belakang. Tengok fierra. Ya Allah masa tuh memang jantung aku berdegup laju. Kalau Fierra tak panggil aku nak mati dah aku ras akena langgar dengan motor HAFIZ gila tuh!

Dulu dia selamatkan aku. Then petang tadi dekat sekolah aku pula yang selamatkan dia. Kalaulah aku takda mesti dia dah kena batu besar yang tajam tuh. Kalau dia takde mesti aku dah mati sebab kena langgar. Ya Allah, Terima kasih kerana memberiku sahabat sebaik Fierra :P

Fierra. Terima kasih banyak-banyak

4:36 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*