❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Happy Birthday To Me and Thank You, BFF
Thursday, March 1, 2012 | 0 comments

Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to MySelf...
Happy Birthday to me..... ^^

HAHA. hari ini aku nak update pasal birthday aku. memang betol kate sesetengah orang tu, menderita dahulu gembira kemudia. kita kena lalui penderitaan dan apabila berjaya baru layak dapat kegembiraan.

k, cerita ni start minggu lepas. Masa hari isnin tak silap aku, aku cakap dekat BFF aku, Fiera yang hari Khamis minggu depan birthday aku. bila aku tengok muke dia. macam tak suka je. menyampah kot. then sejak tu aku diam. tapi bila aku nampak dia dengan BFF aku, Daus cakap sesuatu, dia terus senyam. macam ade plan TT_TT bila aku tanya kenapa dia kata "kau takpayah sebok-sebok nak tahu" Ya Allah, masa tuh cuma Allah dengan aku je taw macam mana perasaan aku bila BFF sendiri cakap macam tu.

*Hari demi hari, masa emas berjalan, sinaran mentari seakan bosan*. ewahhh,, yang aku gilo nyanyi lagu kat sini kenape? sampai lah 27/2 (Isnin) diorang still tak bagi taw aku apa plan diorang. Tapi kali ni bukan dua-tiga orang yang bersubahat, boleh dikatakan semua perempuan dalam bilik agama bersubahat! lagilah aku bertambah sedih. sebab bila aku cakap "fiera, kau plan ape" dia akan jawab "takpayah sebok, nanti kau taw jugak" humm. selama ni Fiera tu tak pernah buat macam ni kat aku. tapi aku tak terfikir pulak diorang sebenarnya NAK BUAT SUPRISE UNTUK BIRTHDAY AKU. -.-

okey, semalam (Rabu-29/2) birthday guru pengawas kiteorang, Puan Sei. entah, aku pon taktaw nak eja macam mana nama dia. ketua pengawas buat suprise untuk cikgu tu. and lepas nyanyi lagu Happy birthday , aku cakap dekat kawan aku "bestkan kalau birthday kita buat suprise macam ni" tapi kawan aku buat muke bodoh! *hehe, jangan marah yee* dia boleh pulak tak senyum tak ape, bile aku cakap pandang tempat lain, dikira macam jeling letewwww -.-. lepas tu masa agama, kiteorang kene masuk bilik agama. masa ustazah tengah mengajar, aku nampak BFF aku main pass-pass kertas. aku nak bace. tapi diorang marah. tapi aku delah nampak sikit ape yang diorang tulis dalam kertas tu. aku nampak ade tulis RM66 berape sen tah -.- bila aku cakap, "mak aii, RM66!! banyaknyerr. nak buat ape tuu?" diorang cakap "duit kutu -.-" grrr!!!!!

sampailah hari ni, birthday aku pon tiba (1/3). sampai je kat sekolah, BFF AKU SEMUA TAKNAK LAYAN AKU!!!!!!. lepas je perhimpunan, aku cakap "korang gi mane tak ajak aku?" diorang diam je. tk bagi ape-ape jawapan. bila aku cakap je diorang buat bodoh. diam macam orang bisu. time tulah aku rasa bertapa sedih hati aku. aku ingatkan diorang ingat birthday aku. ni tak, masok kelas nak marah2 aku. tak wish tak senyum. kfine -.- masa tuh aku rasa terbuangggggg sangat-sangat weyy, apetah lagi BFF yang paling aku sayang, SHAFIERRA ARMIELLA yang sentiasa bersama aku buat macam tu. TT__TT dah, aku taknak ingat banyak-banyak. nak nangessss -.-

Masa rehat pulak, aku rehat sorang-sorang tanpa ada seorang kawan. aku pergi toilet diorang takde, aku pergi kantin hampehh -,- lagilah takde. so, LONELYYY T_T. lebih kurang 15 minit macam tu, ade kawan aku yang bersubahat dengan BFf yang lain, jumpe aku cakap macam ni:

Tajvenjit: Elly, cikgu hadijah panggil awak amek kayu untuk projek kayu dekat bilik masakan
Elly: So? (biaselah, tengah marah sebab BFF semua tinggalkan kita)
Tajvenji: pergilah cepat. nanti cikgu marah awak macam mana?
Elly: Lantaklah. peduli apa aku? sekarang kunci bilik masakan tu dekat awak so awaklah yang kene pergi. bukan saya. (time tuh aku nak nanges tapi aku tahan dengan menggunakan kemarahan)
Tajvenjit: awak ni kenape? nanti cikgu marah macam mana?
Elly: ajak fieralah. awak jangan nak pakse saye, kalau tak saya tumbuk awak!!!!

time ni aku macam syak sesuatulah. sebab mana ade orang amek kayu untuk buat projek kayu dekat bilik masakkan?. kayu kat bengkel. sebab tu aku taknak pergi. aku takot dia dengan BFF aku ade niat jahat. lepas tu, macam biase, aku pengawas jage blok B. bilik masakan dekat blok A. kat depan blok B je. Lepas tu, seorang lagi BFF aku panggel aku, FIERA. dengan fiera pon aku gunakan ayat yang sama. "kunci tu dekat kau so kaulah yang kene pergi -.-

sampai satu masaaaa........ 2 orang lelaki, Ikmal dengan Daus pujuk aku:

Ikmal: elly, cikgu panggil
Elly: so? ade aku kesah?
Daus: elly, janganlah merajuk. cikgu panggil kau tu, pergilah cepat.
Elly: dosa ke kalau aku taknak pergi?
Ikmal: memang lah dosa. kesian diorang dah tunggu lama. <--- "DIORANG" terlepas cakap sudehh
Elly: diorang? sape tu? aku kenal ke?
Ikmal: ehh, cikgu. cikgu tu dioranglah <---- nak coverr -.-
Daus: elly, cepatlah. penat aku pujuk kau ni.

lepas aku dah tahan dengan pujukkan diorang, aku cakap "dah cepatlah kalau nak aku pergi sana. jalan dulu". lepas aku bangon dari duduk kat tangga, aku jalan hempas-hempas kaki. masa tuh aku nampak Daus turun tangga, ikmal pergi lari masuk bilik masakkan. tinggallah aku jalan sorang-sorang. aku nampak Ikmal masuk bilik masakkan pastu tutup pintu. sampai je aku kat bilik masak tu, aku terus bukak pintuu, ehh, tak. aku ketuk pintu sekuat-kuat hati aku. lepas tu ade orang cakap "masoklahhh" bila aku bukak je pintu tu, diorang sebut "HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!" Ya Allah, masa tuh happy giler hati aku. baru aku taw selama ni diorang tinggalkan aku sebab nak buat birthday parti aku. diorang kemas bilik masakkan untuk birthday aku. tu yang diorang selalu menghilang -.-

bila aku masok bilik masakkan tu, ade kek, besar weyyy, banyak pulak duit diorang beli. lepas tu diorang nanyi lagu Happy Birthday untuk aku. ya Allah......... happy giler weyyy. lepastu diorang suruh aku tiup and potong kek. lepas aku keluarkan pisau tu dari kek, si SUNGAI ni pergi calit cream kek dekat aku. ape lagi, perang keklah jadinya. siapa yang tak kene cream dekat muke dia, dia kene dende. kiteorang kene letak cream dekat muka dia sebanyak yang mungkin. WOW!! best gilerr . thank youu ye friends, sebab habiskann duit berpuluh-puluh untuk buat birthday party aku. sayang korang wehyyy -.-

lepas tu kiteorang main pijak-pijak belon. HAHA. birthday aku tahun ni memang birthday yang paling bestlah. seriously aku tak pernah sambut birthday aku dengan kawan-kawan yang sponser kek, makanan, and othres.  memang aku happy sangat dekat sekolah hari tu. sampai je dekat kelas, semua orang tengok aku. sebab tangan aku penuh dengan hadiah, kek, dan bekas makanan yang lain. adelah kawan sekelas aku birthday aku same dengan dia. 1 Mac. tapi dia india tengok je aku bawak masok hadiah dengan kek. dulu dia memang rapat dengan aku dengan fiera sebab dia baik, lepas naik tingkatan 2, dah ade geng terus lupa wey, lain kali jangan nak sombong sangat dengan aku apetah lagi fiera, kalau dia maseh geng kiteorang, dah lama kiteorang jemput pergi bilik masakkan tu << tu ayat SHAFIERRA kiteorang buat pesta. makan mee gorenglah, keklah, jajan lah, macam restoran dah jadinya. cikgu tengok je. untuk mengelakkan dari dimarah, kite rasuah sikit. HAHA. bagi cikgu airlah, kek lah, mee lah, macam-macam. haha. *JANGAN AMALKAN RASUAH*

Thanks for : FIERRA | Kamelia | Siti | Effa | Fiena | Ikmal | Firdaus

PERHATIAN: kepada budak yang main-main dengan aku, post Happy birthday banyak-banyak dekat wall aku, memang kene lah birthday kau 3.3 nanti. haha -.- *siapa terasa? kau? HAHA xD memang kau pon. *this person is my old friend ^^v
5:53 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*