❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
SuperSchool (xx)
Tuesday, January 31, 2012 | 0 comments

Hye. 
harini aku sekolah agak bosan sebab seseorang takada. Orangnya ialah kakak aku. time dia ada dulu aku selalu gadoh and cari pasal dengan dia. kalau aku dengan dia gadoh, aku yang start dulu. bukan dia. tapi kekadang dia yang start dulu :/

kali ni aku masok sekolah sorang-sorang. biasanya aku dengan kakak aku yang kemetot tu jalan same-same pergi dewan untuk perhimpunan. tapi semuanaya berubah sejak HARI NI. aku memang kesunyian takde kakak aku. dulu beria and gembira aku bila dapat tahu kakak aku dapat teknik. tapi sebenarnya tak. malah makin tambahkan kesunyian dengan kebosanan aku.

masa kakak aku daftar teknik kat Negeri sembilan (N9) semalam, aku hantar mesej dekat dia. banyaklah jugak.  lebih kurang macam ni:

aku: haha. kau nak masok asrama? boleh ke berdikari? aku dapat rasakan yang kau akan rindu aku
akak: otak kau nak rindu. buang masa je aku rindu kau.
aku: elehhh, konon. kau belum rasa lagi. nanti bila kau kat asrama baru kau tahu rasa kerinduan kakak pada adek.
akak: entah2 kau yang rindu aku.
aku: AKU TAKKAN RINDU KAU PUNYA. KAU ADA KAT RUMAH PON MACAM TAKDE

now, you look! baca ayat yang terakhir aku tulis buat kakak aku. tapi tu semua tak menjadi. baru sehari kakak aku pergi asrama aku dah rasa tahap rindu yang melampau. bukan tu je. aku pon dapat rasakan diri aku tak terurus. biasanya dia yang kejut aku bangon tido untuk pergi sekolah, masa cuti dia yang kemas bilik. and kadang-kadang dia buatkan himework aku. kalau dia malas nak buatkan, dia ajar je. tapi sekarang homework math aku selalu tak siap. sebab takde orang boleh ajar aku.

Ya Allah, serious aku cakap. biasanya bila balik sekolah, kalau terserempak dengan kakak aku, dia akan geletek leher aku or peluk aku. biasalahh sensitive kat leher. kalau pegang je rasa nak menjerit sebab geli. tapi sekarang..... kakak aku dah takde kat sekolah tu. kadang-kadang bila aku nampak orang pakai beg body glove warne purple dari belakang, aku rasa macam nak kejar sebab aku nampak macam kakak aku. tapi bila fikir balik, kakak aku dah takde kat sekolah tu. aku kesunyian.

akak, cepatlah balik rumah. aku rindu kat kau. banyak cerita aku nak cite kat kau. tolonglahhh cepatkan masa ni Ya Allah :'/



5:54 PM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*