❝ No matter how hard and difficult it is, I will always smile like an idiot ❞
Jangan Engkau Pergi...
Sunday, January 29, 2012 | 0 comments

Tak lama lagi kakak aku, Nur Elly Aliah nak pergi asrama. Ya Allah... mula-mula tuh memang aku suka tapi bila hari dia nak pergi asrama tinggal berape hari je lagi, aku dapat rasakan kesunyian yang bakal menimpa aku. aku memang dapat rasakannya. sebab dari dulu sepanjang kakak aku ada, aku selalu harapkan dia. macam-macam dia buat untuk aku. untung aku jadi anak kedua dan mempunyai kakak. tapi kakak aku tuh lagi pendek dari aku -.-

Masa aku darjah 5, sebelum aku pindah Pahang, kakak aku yang ajar aku buat karangan yang mantap. ayat sedap-sedap. ade homework karangan tu, dia cakap aku tulis. Lepas aku pindah Pahang. aku masuk kelas pertama (Tiara). aku masok sana lebih kurang pertengahan tahun. and masa cuti seminggu ke dua minggu, adelah cikgu math aku kasik kerja bapak banyak. biasalah, klas pertama -.- tapi homework tuh semua bukan aku yang buat tapi kakak aku :'/ dia buat SEMUA kertas aku sampai dapat full mark. pandai tak dia?

bila aku tingkatan 1 pulak, kakak aku siapkan homework BI aku pulak. karangan tak silap aku. dia buat kan sampai aku dapat perkataan "GOOD" daripada cikgu Bi yang ajar kelas aku. kakak aku memang pandai BI. giler Bi dia berderet A !!!!!!! aku nak jugak. kadang-kadang bila aku speaking, salah sikit dia tegur. bila aku malu kene tegur dengan dia, aku akan cakap "tahulah, aku gurau je tadi =,=" err -.- sakai dho aku .

kat tingkatan 1 pulak, adelah cikgu Science aku suruh habeskan satu buku latihan. dia bagi masa panjanglah jugak. tapi SC pon aku tak siap. nak naik gila kepala aku fikir SC. maklumlah, kalau kerja tak siap bila sampai sekolah terburu-buru. masa aku tengah pening fikir jawapan, time  tuh kakak aku datang kelas aku nak amek pic aku dengan member aku. time tuh kakak aku dah lepas PMR so bebas tak belajar :D time tuh jugak aku merayu-rayu kat kakak aku suruh buatkan SC aku. dia pon "mane buku kau? cepat bagi aku" lepas aku bagi buku kat kakak aku, semua budak dalam kelas tuh pandang aku. eceyyyy, jeleslah tuh sebab kerja aku kakak aku buatkan.

okey :D biasanya, lepas je balik sekolah ade "hot Story", orang pertama aku cerita kakak aku. lepas tuh mama aku. mama aku taknak dengar tapi aku cakap je. sebab aku dah biase cakap sorang-sorang. and bila aku cerita kat kakak aku, kakak aku akan dengar sepenuh perhatian. tak kesah aku cakap putar belit or else,, dia tetap faham.

and nanti aku dah takde kawan nak gadoh. biasanya kalau aku dengan kakak aku bergadoh, aku yang start dulu. kakak aku ni duduk diam tak kacau aku tapi aku yang gedik ni pergi kacau dia. and yang paling aku takot. bila dia jeling aku. aku taktaw kenape. aku memang takot orang jeling aku. XX

so Elly, kalau kau nak pergi asrama tu, pergilah. tapi lepas kau balik rumah time cuti kau kene dengar semua cerita aku. kalau tak aku tumbuk!

3:32 AM

Message(s)

Credits

layout by inexplicable
inspired by optica

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
*